Skip to main content

Malaysia

Azmin selesai kerjakan umrah, doakan Perdana Menteri sihat

41545482892_AZMINALI.jpg
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendoakan kesihatan berpanjangan buat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau mengerjakan ibadah umrah.

“Saya juga mendoakan di hadapan Kaabah semoga Allah SWT menganugerahkan YAB Tun (Tun Dr Mahathir) dengan kesihatan yang terbaik dan kekuatan untuk memimpin umat dan negara Malaysia," tulis  beliau dalam kemas kini terkini Twitternya.


Selain itu Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR turut mendoakan keamanan serta kemakmuran Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir.

Terdahulu Mohamed Azmin memuat naik sekeping gambar bersama keluarga selepas selesai menunaikan ibadah umrah di kota suci Mekah.

Beliau dan keluarga kini kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia.


Advertisement

Must Watch Video