awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tular 'Yeye': Panglima Tentera Darat sah 15 pegawai dikesan terlibat
Peletakan jawatan Dr Akmal tak jejas akar umbi UMNO - Asyraf Wajdi
Agong terima menghadap Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin yakin video intim kerja 'orang dalam' parti

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2019
08:09 MYT
Azmin yakin video intim kerja 'orang dalam' parti
Mohamed Azmin yakin kontroversi klip video intim yang didakwa melibatkan dirinya didalangi orang dalam parti. - Gambar Astro AWANI
Timbalan Presiden PKR , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin kontroversi klip video intim yang didakwa melibatkan dirinya didalangi orang dalam parti.
Beliau mengulangi sebanyak dua kali berhubung keyakinannya terhadap dakwaan berkenaan.
"Saya yakin (orang dalam parti adalah dalang), saya yakin (orang dalam parti adalah dalang)," katanya kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian hak pembangunan antara Konsortium PCSB-MGB di Shah Alam, pada Selasa.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi bagaimanapun menyerahkan siasatan isu berkenaan kepada polis dan tiada pihak perlu campur tangan.
Malah, katanya, apa jua kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak adalah tidak adil kerana siasatan sedang berjalan.
"Bagi saya dari awal saya yakin ini ada agenda politik orang-orang tertentu yang bertujuan menyekat kemaraan prestasi saya dalam kerajaan dan dalam politik.
"Saya yakin umum telah melihat siapakah dalang dalam episod ini. Biarlah polis jalankan siasatan dan tidak adil sekiranya kita atau individu membuat kenyataan yang boleh mengganggu siasatan.
Malah, setiap tindakan yang dilakukannya selepas kontroversi video intim itu adalah berdasarkan nasihat peguamnya.
"Sebab itu saya buat laporan qazaf. Saya telah buat tindakan berdasarkan nasihat peguam dan pihak yang memberikan pandangan mereka ini perlu dilakukan. Siasatan perlu berjalan dan tidak terganggu dengan tekanan oleh pihak bertanggungjawab," ujarnya.
Topic Berkaitan
#agenda politik
#Azmin Ali
#kontroversi video
#Media
#PKR
#politik
#video
#video seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan