awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azwan Ali serah dokumen dakwaan rasuah kerajaan negeri Selangor kepada SPRM

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2017
03:10 MYT
Azwan Ali serah dokumen dakwaan rasuah kerajaan negeri Selangor kepada SPRM
Azwan menunjukkan salinan dokumen selepas menyerahkan bukti dan dokumen salah guna kuasa dan rasuah kerajaan Negeri Selangor kepada SPRM di Putrajaya hari ini. - BERNAMA
Pengacara dan personaliti televisyen, Azwan Ali hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di sini pagi tadi.
Kehadiran Azwan adalah bagi menyerahkan bukti dan dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah kerajaan negeri Selangor.
Azwan hadir sekitar jam 10 pagi tadi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna berwarna hitam.
“Ini kali pertama saya di sini, jadi saya tak boleh nak komen banyak.”
Bagaimanapun ketika ditanya pemberita berapa banyak dokumen yang beliau ingin serahkan kepada SPRM, Azwan menunjukkan fail dokumen yang dibawanya, sambil berkata: “Betapa tebalnya fail ini menunjukkan betapa seriusnya saya dalam menangani isu ini. Diharapkan ini (dokumen) dapat membantu,” katanya.
Azwan yang juga adik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan kerajaan negeri.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Azwan Ali
#kerajaan
#Malaysia
#Menteri Besar
#Putrajaya
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan