awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Baby nanas' jenama Dragon King dari Thailand tidak dieksport ke Malaysia

Bernama
Bernama
31/05/2019
20:58 MYT
'Baby nanas' jenama Dragon King dari Thailand tidak dieksport ke Malaysia
KKM akan meneruskan pemantauan ke atas semua buah nanas di pintu masuk negara. - Foto Facebook/Kementerian Kesihatan Malaysia
Buah baby nanas jenama Dragon King dari Thailand yang didakwa mengandungi siklamat, seperti yang tular di media sosial, tidak dieksport ke negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata ia berdasarkan semakan data melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) dari tahun 2017 hingga kini.
"Isu sama juga pernah tular pada tahun 2017 dan menurut (badan penilai antarabangsa) Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA), siklamat adalah sejenis pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30 hingga 50 kali ganda lebih daripada gula sukrosa.
Peraturan-peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan penggunaannya dalam buah-buahan segar termasuk yang telah dikupas atau sedia dimakan.
"KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah meningkatkan pemantauan buah nanas import di pintu masuk negara dari tahun 2017 hingga kini, yang sejumlah 65 sampel buah nanas telah diambil bagi tujuan analisis pelbagai parameter seperti bahan pemanis (termasuk siklamat), bahan pengawet dan residu pestisid.
"Kesemua sampel tersebut adalah mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya," katanya.
Dr Noor Hisham berkata KKM akan meneruskan pemantauan ke atas semua buah nanas di pintu masuk negara bagi memastikan ia mematuhi akta-akta itu, dan sekiranya ia gagal dipatuhi, tindakan penguatkuasaan akan diambil.
"Semua makanan yang dieksport ke negara ini perlu mematuhi akta-akta berkenaan dan menjadi tanggungjawab pihak terlibat untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan," jelasnya.
Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 memperuntukkan tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual sebarang makanan yang diadukkan dengan apa-apa bahan penambahan yang tidak dibenarkan.
"Sesiapa yang melanggar peruntukan ini adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#baby nanas
#Dr Noor Hisham Abdullah
#dragon king
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#media sosial
#Thailand
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan