Badan kehakiman telah membuat laporan polis berhubung dakwaan terhadap hakim yang tidak dinamakan dan institusi itu dalam afidavit yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, ia berkata badan kehakiman itu mengambil berat tuduhan serius dalam afidavit yang disahkan pada Khamis, dalam saman pemula.
Peguam Sangeet Kaur Deo telah memfailkan saman pemula berhubung dakwaan campur tangan badan kehakiman dalam keputusan kes Akta Hasutan bapanya, mendiang Karpal Singh dan kes penukaran agama tiga kanak-kanak beragama Hindu.
"Prosiding itu ditangguhkan mahkamah, kami tidak berhasrat untuk membalas kandungan dakwaan berkenaan, kecuali untuk mengatakan tuduhan dalam afidavit terhadap badan kehakiman itu sebagai tidak berasas dan kesannya boleh mencemarkan imej badan kehakiman secara keseluruhan," katanya.
Menurut kenyataan itu, dakwaan tersebut juga akan menyebabkan keyakinan orang ramai terhadap institusi itu terjejas dan seterusnya akan memberi kesan buruk terhadap fungsi pentadbiran keadilan yang sepatutnya.
Menurut kenyataan itu lagi, agensi penguatkuasaan undang-undang berkaitan sedang meneliti dakwaan yang telah dibuat tersebut.
Mengenai sama ada suruhanjaya siasatan perlu diwujudkan, ia bergantung kepada keputusan kerajaan, katanya.
Kenyataan itu juga menyatakan badan kehakiman sentiasa menyedari pentingnya memelihara keyakinan orang awam terhadap institusi itu.
"Ia adalah tumpuan berterusan badan kehakiman untuk menjaga integritinya dan memastikan pentadbiran keadilan berfungsi dengan betul.
"Dalam hal ini, Badan Kehakiman Malaysia sedang melaksanakan penambahbaikan substantif dan pembaharuan dalam pentadbiran keadilan dan akan terus melakukannya.
"Selain itu Jawatankuasa Pembaharuan Institusi telah bertemu badan kehakiman dan membuat saranan, yang sedang dilaksanakan juga," katanya.
Afidavit setebal 63 muka surat itu mendedahkan maklumat terperinci berkaitan pelbagai insiden campur tangan dalam badan kehakiman Malaysia, termasuk dakwaan campur tangan badan kehakiman dalam keputusan rayuan kes Akta Hasutan Karpal Singh di Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 15 2019
Kenyataan itu juga menyatakan badan kehakiman sentiasa menyedari pentingnya memelihara keyakinan orang awam terhadap institusi itu. - Foto fail/BERNAMA
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.