Goldman Sachs, sebuah bank pelaburan terkemuka dunia kini berada di dalam situasi kritikal ekoran terpalit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Semalam, bekas Ketua Goldman Sachs Asia Tenggara, Tim Leissner telah mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah kerajaan asing dengan cara membayar rasuah mencecah jutaan ringgit kepada pegawai-pegawai di Malaysia dan di Abu Dhabi.
Turut terlibat ialah bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs, Roger Ng, 51, apabila Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) telah membuat tuduhan ke atas beliau.
Roger Ng dituduh mencuri, menipu, dan memindahkan wang haram, dalam usaha untuk mencuri wang 1MDB. Beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia awal semalam.
BACA: Roger Ng 'berkemungkinan besar' diekstradisi ke A.S. kata P. Gunasegaram
Kedua-dua Leissner dan Ng adalah pegawai tertinggi Goldman Sachs.
Menurut akhbar The Wall Street Journal (WSJ), Tim Leissner adalah rakan kongsi Goldman Sachs. Hanya 435 orang, atau satu peratus sahaja, dalam seluruh tenaga kerja bank itu, diberi penghormatan ini.
Menurut Tom Wright, wartawan WSJ dan juga penulis buku Billion Dollar Whale, agak mustahil pihak atasan Goldman Sachs tidak tahu tentang penipuan dan pencurian wang dari 1MDB.
"Leissner pernah menjawat jawatan Ketua Goldman Sachs di Asia Tenggara. Segala tindak tanduk dan operasi beliau pastinya dikawal rapi oleh pihak atasan beliau, sama seperti bank-bank lain atau syarikat lain di dunia," kata Wright melalui sebuah wawancara eksklusif bersama Astro AWANI.
LIHAT: Wawancara ekslusif Tom Wright bersama Astro AWANI
"Sekiranya Leissner melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang, ataupun aktiviti yang mencurigakan, selaku Ketua Asia Tenggara, pihak atasan beliau di New York mahupun di pejabat Goldman Sachs serata dunia tidak boleh berkata 'mereka tidak tahu' kerana ini melanggar operasi perbankan yang normal," tambah Tom Wright lagi.
Pengunderaitan Bon sebanyak USD 6.5 billion
Peranan rasmi Goldman Sachs dengan syarikat 1MDB adalah melalui pengunderaitan bon (Underwriting Bond) sebanyak lebih kurang RM 26 billion (USD 6.5 billion).
Goldman Sachs telah dibayar komisen sebanyak RM 2.4 billion (USD 600 juta) atau 10 peratus dari jumlah bon yang diuruskan mereka.
Seorang pengarah bank pelaburan tempatan, yang enggan dinamakan, menyatakan bahawa angka komisen ini sangat tidak munasabah dan di luar angka komisen yang diterima oleh bank-bank pelaburan tempatan.
"Bayangkan ini, kamu membeli rumah sebanyak RM 500,000 dan mengambil pinjaman bank untuk jumlah itu. Tetapi bank mengambil komisen sebanyak RM 50,000. Kamu hanya tinggal RM 450,000 tunai untuk membayar si penjual rumah itu. Bukankah ini komisen yang tidak munasabah tingginya?" kata beliau.
Tetapi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda pernah membidas tuduhan komisen tinggi ini, melalui satu wawancara ekslusif yang beliau berikan kepada stesyen bisnes radio Kuala Lumpur, BFM 89.9 pada tahun 2016.
DENGAR: Wawancara bekas CEO 1MDB Arul Kanda bersama BFM Radio pada tahun 2016
"Harus difahamkan bahawa pengunderaitan bon adalah satu tugas yang sulit. 1MDB, ketika mereka ingin mengeluarkan bon yang mencecah berbilion dolar Amerika, dalam jangka masa pendek, menghasilkan risiko yang tinggi. Goldman Sachs pada ketika itu meletakkan angka RM 2.4 billion komisen sebagai sebuah harga yang memadai untuk risiko yang bank itu ambil dalam menguruskan bon itu," kata Arul Kanda pada tahun 2016.
Malaysia negara teruntung untuk Goldman Sachs
Melalui pengunderaitan bon 1MDB, Malaysia telah menjadi pusat untung (profit centre) tertinggi untuk Goldman Sachs di dunia.
Tom Wright berkata "tiada satu negara, selain Malaysia, yang memberikan keuntungan setinggi itu, untuk Goldman Sachs, pada ketika itu.
"Ada sebab mengapa Tim Leissner dijadikan rakan kongsi Goldman Sachs, dan menjadi anggota tertinggi bank itu. Ia adalah kerana beliau berjaya memberikan keuntungan berbillion ringgit kepada majikan beliau di Goldman Sachs. Adakah munasabah pihak atasan beliau tidak bertanyakan bagaimana beliau mampu membuat perniagaan yang membawa pulangan setinggi itu?," kata Wright lagi.
Malaysia akan saman Goldman Sachs?
P. Gunasegaram berpendapat bahawa disebabkan Tim Leissner mengaku bersalah menipu dan mencuri wang 1MDB sewaktu beliau menjawat jawatan di Goldman Sachs, ini membuka ruang untuk kerajaan Malaysia membuat saman sivil terhadap bank pelaburan itu.
"Sebagai mana kita tahu, banyak kes sivil kebiasaanya menyusuli kes jenayah. Ini kerana, fakta dan bukti yang dikemukakan dalam kes-kes jenayah, boleh dan biasa digunakan sebagai bukti dan fakta dalam kes-kes sivil," kata beliau.
Pemberi maklumat 1MDB, Xavier Andrè Justo pula mengatakan bahawa tindakan Leissner mengaku bersalah adalah satu tindakan yang bagus kerana ia menunjukkan bahawa Leissner mementingkan hak dan kepentingan awam.
"Saya tahu, sebab Leissner mengaku bersalah adalah kerana beliau membuat rundingan senyap dengan pihak berkuasa AS. Dan tindakan beliau mengaku bersalah mungkin kerana beliau hanya mementingkan diri sendiri dengan tujuan untuk meringankan hukuman ke atas dirinya. Tetapi, disebabkan beliau mengaku bersalah, ini memendekkan tempoh perbicaraan mahkamah dan sekali gus menyebabkan kesemua yang lain yang terlibat juga bersalah," kata Justo.
*Goldman Sachs tidak berjaya dihubungi dalam menyiapkan laporan ini. Astro AWANI akan terus mencuba untuk menghubungi bank pelaburan itu.
Ibrahim Sani
Fri Nov 02 2018
Tim Leissner (kanan), bekas Ketua Goldman Sachs di Asia Tenggara, mengaku bersalah atas tuduhan mencuri wang 1MDB. Gambar Fail
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.