KRISIS koronavirus telah memberi kesan buruk kepada ekonomi global dan mempengaruhi hampir semua sektor, termasuk rantaian bekalan dan logistik. Di Malaysia, penutupan perniagaan dan perkhidmatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac telah banyak mempengaruhi bagaimana perniagaan beroperasi, termasuk bagaimana barang dan makanan dihantar ketika permintaan yang semakin meningkat.

Bagaimana sektor logistik mendepani cabaran rantaian bekalan global pada awal pandemik ini? Bagaimana perniagaan memastikan produk dihantar tepat pada waktunya, sambil menjamin keselamatan pekerja yang menjadi barisan hadapan semasa pandemik? Apa yang boleh dipelajari dalam ketidaktentuan dan kesukaran yang hebat ini?

Lebih penting lagi, dalam usaha memulihkan ekonomi dengan ancaman COVID-19 yang masih ada, bagaimana perniagaan menyesuaikan diri dengan realiti baharu?

Tonton perbincangan dan kupasan isu ini dalam Webinar Astro AWANI: The New Normal Series “Moving Logistic Into A New World Order” di laman www.linc.astroawani.com pada 22 Julai ini, jam 11 pagi.

Sesi ini dikendalikan oleh Editor Astro AWANI,Cynthia Ng dan disertai Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van Malaysia Adzim Halim, Ketua Pegawai Eksekutif dan MD Kumpulan, Kumpulan Logistik PKT Datuk Michael Tio Boon Yiaw dan FCILT, Presiden Antarabangsa CILT Datuk Ts Abdul Razak Abd Malek.

Tonton perbincangan dan kupasan isu ini dalam Webinar Astro AWANI: The New Normal Series “Moving Logistic Into A New World Order” di laman www.linc.astroawani.com pada 22 Julai ini,  jam 11 pagi.