awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahana viral, penganggur nekad curi lima pokok lidah jin di taska

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2020
09:45 MYT
Bahana viral, penganggur nekad curi lima pokok lidah jin di taska
Suspek yang berumur 37 tahun (tengah) direman selama tiga hari bermula 7 sehingga 9 Julai ini untuk siasatan lanjut. - Astro AWANI
Gara-gara pokok lidah jin viral yang harganya boleh mencecah sehingga RM200 sepokok, seorang penganggur nekad mencuri pokok tersebut.
Kejadian berlaku di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Sekayu, Hulu Terengganu pada 24 Jun lalu kira-kira jam 6.15 petang.
Kehadiran suspek dalam keadaan mencurigakan di kawasan pusat asuhan berkenaan disedari seorang tenaga pengajar di taska itu.
Wanita terbabit kemudian mengajak rakannya untuk membuat pemeriksaan dan suspek sempat memaklumkan bahawa dia cuma singgah di kawasan berkenaan untuk mencuci tangan sebelum kemudiannya tergesa-gesa beredar.
Hasil pemeriksaan mendapati lima pokok lidah jin yang ditanam dalam pasu di taska itu hilang dan ketika melarikan diri, disedari semua pokok itu berada dalam bakul motosikal yang ditunggang suspek.
Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap pihak polis di sebuah rumah di Hulu Terengganu pada 5.30 pagi Selasa.
Suspek yang berumur 37 tahun direman selama tiga hari bermula 7 sehingga 9 Julai ini untuk siasatan lanjut.
Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret, Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Topic Berkaitan
#curi lidah jin
#curi pokok
#lidah jin
#PDRM
#penganggur
#pokok viral
#polis
#taska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan