Kajian membuktikan zarah yang amat halus adalah ancaman berbahaya kepada kesihatan manusia.
Antaranya zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.
Pakar Runding Respiratori, Institut Perubatan Respiratori, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif menjelaskan berbanding zarah jerebu bersaiz 10 mikron, zarah jerebu 2.5 mikron atau PM 2.5 adalah begitu kecil ia mampu meresap masuk ke dalam tisu paru-paru apabila memasuki badan manusia.
"Saiz itu sangat penting sebab kalau zarah bersaiz 10 mikron atau PM10, ia lebih besar dan sekat sampai hidung sahaja. Kalau PM2.5 dia sangat halus apabila bernafas ia boleh sampai ke hujung paru-paru dipanggil 'alveoli'. Jadi kesan kepada paru-paru sangat bahaya kalau lagi halus zarah jerebu itu." katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Satu zarah berukuran sangat kecil, purata diameter, 10 mikron atau 'particulate matter' PM10.
Zarah dalam julat saiz 2.5 mikron pula adalah jauh lebih kecil.
Diameternya 20 kali lebih kecil daripada sehelai rambut manusia yang lazimnya berukuran 50 hingga 70 mikron
Golongan berisiko yang terdedah kepada penyakit akibat jerebu dan zarah halus termasuk warga tua, kanak-kanak serta individu yang mempunyai penyakit asma dan jantung.
Simptomnya termasuk batuk, sakit tekak dan sesak nafas selain saluran pernafasan menjadi semakin sempit.
"Pertamanya, kita akan rasa kerongkong gatal atau batuk. Kedua, sebab zarah begitu halus ia boleh jadi halangan untuk badan kita melawan kuman, jadi senang untuk kuman masuk ke dalam paru-paru dan akibatkan jangkitan."
"Bagi mereka yang menghidap asma atau penyakit paru-paru kronik, zarah-zarah ini akan menyekat saluran pernafasan mereka kerana saluran pernafasan mereka sudah sempit jadi kalau sekat lagi ia akan menyukarkan pernafasan."
Abdul Razak menjelaskan kesan pendedahan kepada zarah jerebu juga boleh mengakibatkan kanser paru-paru dalam jangka masa panjang.
"Kajian menunjukkan zarah jerebu ini bermungkinan merosakkan sel-sel DNA dalam badan manusia. Kalau DNA sudah rosak, ia boleh menjadi sel kanser. Kedua, ia boleh menjadi mutasi mengakibatkan sel kita bertukar daripada sel normal kepada sel kanser."
"Selain itu, kajian juga menunjukkan kalau terdedah kepada jerebu berpanjangan, ada kemungkinan penambahan 8 peratus dalam kes-kes kanser dalam jangka masa panjang." katanya.
Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesahkan berlaku peningkatan kes seperti penyakit asma, jantung dan masalah kulit ekoran keadaan jerebu yang melanda negara sejak beberapa minggu lalu.
Peningkatan kes itu dicatatkan terutamanya di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
Tan Su Lin
Tue Oct 06 2015
Berbanding zarah jerebu bersaiz 10 mikron, zarah jerebu 2.5 mikron atau PM 2.5 adalah begitu kecil ia mampu meresap masuk ke dalam tisu paru-paru apabila memasuki badan manusia. - Gambar Fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Twitter tutup akses percuma untuk API
Caj bayaran oleh Twitter untuk mengakses API, bermakna perkhidmatan itu perlu menuntut wang daripada pengguna mereka.
Prasarana latih pemandu dan penyelia operasi MRT Jakarta
PRIME akan memberi latihan kepada penyelia operasi dan pemandu sistem Transit Aliran Massa (MRT) Jakarta bermula April ini.
Enam kawasan terus catat kualiti udara sangat tidak sihat
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), enam kawasan itu membabitkan kawasan utara di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Enam kawasan di utara catat IPU sangat tidak sihat pagi ini
Kualiti udara hari ini semakin merosot apabila enam kawasan di utara melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Jerebu: 17 kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Bacaan IPU tertinggi dicatat adalah di Seremban iaitu 167 diikuti dengan Tawau (165), Banting (153), Bandaraya Melaka (147), dan Batu Muda Kuala Lumpur (137).
Kualiti udara merosot, sembilan kawasan catat IPU tidak sihat
Pencerapan Jabatan Alam Sekitar mendapati, sehingga jam satu tengahari, Tawau mencatat IPU tidak sihat tertinggi dengan bacaan (124).
Jerebu: Tujuh kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini
Kawasan yang mencatatkan bacaan paling tinggi sehingga pukul 7 pagi tadi adalah Samarahan, Sarawak dengan bacaan 111.
Bahaya jerebu halus dalam paru-paru
Zarah jerebu dalam julat saiz 2.5 mikron apabila disedut secara terus ke dalam badan manusia boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru.
Semua sekolah di seluruh negara dibuka semula esok, kecuali Langkawi
Keputusan untuk menutup sekolah di Langkawi dibuat berdasarkan pemantauan bacaan IPU yang tidak banyak berubah sejak awal pagi tadi.
Jerebu: Ketampakan rendah kurang 5km dijangka berterusan sehingga Sabtu
Keadaan ini berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi alat navigasi kapal, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.