announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bakar pusat tahfiz: Mahkamah tetapkan 20 Julai untuk serahan hujah bertulis

Bakar pusat tahfiz: Mahkamah tetapkan 20 Julai untuk serahan hujah bertulis
Mahkamah menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh serahan hujah bertulis. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh serahan hujahan bertulis bagi kes seorang remaja berusia 19 tahun yang didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar keterangan lima saksi termasuk tertuduh dan pegawai penyiasat pada akhir kes pembelaan pada Khamis.


Tertuduh diwakili peguam Mohd Haijan Omar sementara pendakwaan dilkendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama rakannya didakwa atas 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

BACA: Kes bakar tahfiz: Remaja dilepas tanpa dibebas atas pertuduhan dadah

Namun, pada 28 Januari lalu, rakan tertuduh yang sebelum ini turut didakwa atas pertuduhan sama, dilepas dan dibebaskan mahkamah.

Bagaimanapun, tertuduh di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tertuduh ketika kejadian berusia 16 tahun.  



Tag: Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mahkamah Tinggi, membunuh, dilepaskan, dibebaskan, seksyen 302 kanun keseksaan, mati mandatori



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.