Balai Seni Negara pada Isnin mengesahkan empat karya Ahmad Fuad Osman telah diturunkan, sempena pameran "At The End Of The Day, Even Art is Not Important" setelah diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.
Pengarah Balai Seni Negara Amerruddin Ahmad dalam kenyataan berkata karya yang terlibat adalah 'Untitle 2012', 'Dreaming of Being Somebody Afraid of Being Nobody', 'Imitating the Mountain 2004', dan 'Mak Bapak Borek, Anak Cucu Cicit Pun Rintik'.
"Isu penurunan karya ini bukanlah suatu perkara yang mustahil dalam proses berpameran di Balai Seni Negara.
"Prosedur Operasi Piawai (SOP) Balai Seni Negara dalam mana-mana perjanjian di antara Balai Seni Negara dan mana-mana pihak yang berpameran, menerangkan bahawa Balai Seni Negara berhak menurunkan karya-karya yang menyentuh maruah mana-mana individu, agama, politik, bangsa, adat dan negara.
"Pameran adalah merupakan suatu proses dan ia bukan produk akhir, walaupun dalam tempoh berpameran, proses ini sentiasa berjalan untuk mendapatkan kematangan yang sesuai dengan pengunjung dan masyarakat kita," katanya.
Beliau berkata dalam pameran sebelum ini, terdapat juga situasi di mana pelukis dan agensi ini membuat perubahan pada susun atur dan pemilihan karya, untuk mendapatkan hasil yang sesuai dengan maksud dan pengunjung di Malaysia.
Menurutnya, Balai Seni Negara tidak menyentuh kredibiliti pelukis dari segi komentar dan juga kebolehannya, bagaimanapun pihak Balai Seni Negara berpendapat karya-karya tersebut memerlukan bimbingan, penerangan dan pemahaman seni yang tinggi untuk dihayati supaya tidak disalah erti.
"Tindakan ini diambil merujuk kepada respon dan aduan masyarakat yang diterima. Peranan galeri ini adalah sebuah 'galeri institusi' yang didanakan oleh kerajaan, dan perlu beroperasi mengikut norma dan tertibnya," tambahnya.
Mengulas lanjut, Amerruddin berkata perkara ini telah melalui perbincangan antara Balai Seni Negara dengan pelukis dan telah diformalitikan melalui surat makluman rasmi.
Tambahnya, kekeliruan ini mengundang reaksi dari masyarakat seni visual negara.
"Di atas keperihatinan itu, Balai Seni Negara mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 10 2020
Salah satu ruang yang kosong apabila karya Ahmad Fuad diturunkan dari pameran di Balai Seni Negara. Facebook Ahmad Fuad Osman
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Ahmad Fuad dan Sang Algojo
Benarkah adanya respon atau aduan masyarakat yang diterima pihak Balai Seni Visual mengenai empat karya Ahmad Fuad.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Balai Seni Negara sahkan penurunan karya Ahmad Fuad Osman
Balai Seni Negara berhak menurunkan karya-karya yang menyentuh maruah mana-mana individu, agama, politik, bangsa, adat dan negara.