Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020), yang bermula Selasa ini, adalah satu pengumpulan data komprehensif bagi membantu negara dalam menyusun keperluan dan merencana masa hadapan rakyat Malaysia yang lebih baik.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata menerusi data bancian yang dilaksanakan setiap 10 tahun sejak 1963 itu, kerajaan dapat merangka keutamaan dan strategi yang memberi manfaat kepada penduduk Malaysia keseluruhannya.
"Dengan adanya data yang baik, masa depan negara dapat ditentukan, disusun dari segi apa yang patut dilakukan dan dapatan banci ini akhirnya akan dikembalikan kepada orang ramai dalam bentuk keputusan, perancangan dan dasar yang amat teliti.
"Kita kena ingat, misalnya, bila kita keluarkan bajet tahunan contohnya tahun ini RM280 juta, dan dengan bajet sebanyak itu, data bancian ini yang membantu bagaimana ia dibelanjakan, di sektor mana yang perlu dilebihkan, keutamaan harus kepada apa contohnya pendidikan dan ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual di pejabatnya di Jabatan Perangkaan Malaysia di sini sempena Hari Banci Malaysia yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selasa ini, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Mohd Uzir berkata menerusi bancian di sembilan juta kediaman, data diperoleh dapat membantu negara menyediakan kemudahan dan perkhidmatan digunakan secara bersama seperti jalan raya, utiliti dan perkhidmatan keselamatan seperti bomba dan polis.
Data maklumat itu juga dapat membantu menyediakan perancangan jangka panjang peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat bagi memastikan tidak ada penduduk yang tertinggal dalam arus pembangunan dan teknologi termasuk di luar bandar.
"Malaysia sebagai negara yang sedang membangun, kita mempunyai banyak dasar yang sedang dilihat contohnya melibatkan warga emas, pertanian, IR 4.0 dan ekonomi gig, jadi data bancian yang mempamerkan denyut nadi kehidupan rakyat membantu kita memastikan agihan pendapatan itu dapat dinikmati oleh semua," katanya.
Justeru, beliau berharap penduduk Malaysia tanpa mengira kaum dan status pendapatan, dapat memberi maklumat bancian dengan tepat dan ikhlas bagi memastikan generasi akan datang dapat memperoleh manfaat yang lebih tuntas dan tersusun, sekali gus memberi faedah kepada mereka.
"Saya selalu bangkitkan apa yang kita ada dan nikmati sekarang mungkin sebab kita dah laksanakan bancian dengan baik seawal tahun 70-an secara menyeluruh dan saya yakin pada tahun 70-an semua orang beri kerjasama dalam pelaksanaan banci menyebabkan kita tahu apa yang patut dilakukan oleh kerajaan.
"Data yang baik itu juga membolehkan kita membina banyak sekolah. Kalau dulu universiti susah nak masuk sebab tidak banyak jadi sekarang dah banyak... maka kita kena ingat sumbangan yang terdahulu menyebabkan kita ada sekarang, jadi kini kita pula bertanggungjawab untuk generasi akan datang," katanya.
Pelaksanaan Banci 2020 yang melibatkan 32.7 juta penduduk Malaysia akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula 7 Julai hingga 30 Sept secara dalam talian (e-Census) manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Okt dengan kaedah temu ramah bersemuka.
Mengenai persiapan Banci 2020, Mohd Uzir berkata ia dimulakan sejak 2017 dengan melaksanakan penyenaraian dan mengemas kini kawasan perumahan di Malaysia termasuk kawasan perumahan baharu.
Kos pengendalian Banci 2020 dianggarkan RM413 juta yang digunakan bagi tujuan projek pembangunan, pembelian sistem dan operasi termasuk pembayaran kepada pembanci dan penyelia terlibat.
Seramai 115,685 anggota akan terlibat dalam pengendalian Banci 2020 termasuk 99,356 pembanci, 14,595 penyelia dan 1,385 pegawai banci yang terdiiri daripada Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya dan Penguasa Daerah.
Laporan Banci 2020 dijangka dikeluarkan seawal suku pertama tahun depan dengan pemakluman awal mengenai ciri-ciri demografik penduduk Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020
Kos pengendalian Banci 2020 dianggarkan RM413 juta yang digunakan bagi tujuan projek pembangunan, pembelian sistem dan operasi termasuk pembayaran kepada pembanci dan penyelia terlibat. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Seramai 14.3 juta rakyat Malaysia telah dibanci - Ketua Perangkawan
Seramai 14.3 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia telah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat hari ini.
Seramai 11.8 juta rakyat Malaysia telah dibanci - Ketua Perangkawan
Seramai 11.8 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia iaitu 36.1 peratus telah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.
Banci 2020: Sejumlah 4.5 juta penduduk telah dibanci melalui e-Census
Antara negeri yang merekodkan bancian tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak dan Selangor manakala Sabah serta negeri di Pantai Timur masih berada di jajaran bawah daripada 10 peratus.
COVID-19: Fasa kedua Banci 2020 dijadual semula, mula 20 Jan 2021
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dijadualkan semula berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 kebelakangan ini.
Banci 2020 fasa kedua secara bersemuka di Sabah ditangguhkan - DOSM
Pesuruhjaya Banci 2020 Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata keputusan itu diambil berikutan pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di negeri tersebut bermula 3 hingga 16 Okt ini.
Pra-pendaftaran banci dalam talian, e-CENSUS berakhir esok
Pra-pendaftaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) fasa 1 secara dalam talian (e-CENSUS) akan berakhir esok, pukul 11:59 malam.
Hanya 1.8 juta rakyat Malaysia respons e-Census - Ketua Perangkawan
Hanya 1.8 juta rakyat Malaysia telah mengisi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) secara dalam talian atau e-Census.
Banci 2020: Hampir 1 juta isi rumah isi e-Census
Hampir satu juta isi rumah menggunakan kaedah dalam talian atau "e-Census" bagi mengisi maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat ini.
Generasi muda disaran bantu ibu bapa isi maklumat banci secara e-Census
Generasi muda disaran membantu ibu bapa atau anggota keluarga masing-masing yang tidak berkemahiran mengakses Internet mengisi maklumat Banci 2020 secara dalam talian atau e-Census.
Jumlah penduduk Malaysia isi e-Census masih di bawah sasaran
Kurang daripada 10,000 isi rumah mengisi e-Census setiap hari berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 37,000 isi rumah.