awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkai kapal karam dipercayai SS Amherst di Sungai Pahang akan diselidik

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2016
00:00 MYT
Bangkai kapal karam dipercayai SS Amherst di Sungai Pahang akan diselidik
Bangkai kapal yang ditemui di Sungai Pahang berkemungkinan besar kapal kargo berkuasa wap, SS Amherst milik Singapura yang karam pada 1901.
Bangkai kapal yang ditemui di Sungai Pahang berkemungkinan besar kapal kargo berkuasa wap, SS Amherst milik Singapura yang karam pada 1901.
Ia berdasarkan maklumat inkues Mahkamah Maritim Singapura bagi menyiasat insiden kapal karam pada 17 Disember 1901 selepas kapal berkenaan dipercayai karam dilanda ombak kuat ketika dalam perjalanan dari Singapura ke Kota Bharu, Kelantan.
Pengarah Jabatan Warisan Negara Zon Timur, ​​Mohd. Shukri Mohd. Isa berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci termasuk mengukur saiz bangkai kapal dan membuat perbandingan dengan rekod kapal karam pada tahun berkenaan.
"Setakat ini kita lihat ia merupakan sebuah kapal kargo yang mambawa penumpang. Tahun dia masih lagi kita akan cari dan penyelidikan selanjutnya kita akan buat. Perancangan selepas ini juga kita akan buat di peringkat Jabatan Warisan Negara,
"Setakat ini kita hanya dapat buat kerja-kerja awalan iaitu ukuran dan dan juga mencari dari segi sejarah dan fakta," katanya melawat lokasi bangkai kapal berkenaan di Sungai Pahang berhampiran Kampung Tanjung, Paloh Hinai pada Rabu.
Astro AWANI pada Selasa melaporan mengenai penemuan bangkai kapal di Sungai Pahang berhampiran Kampung Tanjung, Paloh Hinai oleh penduduk kampung selepas paras air di sungai berkenaan semakin cetek akibat fenomena El-Nino.
Tambah Mohd Shukri walaupun berdasarkan penyelidikan, 70 peratus maklumat mengenai kejadian kapal SS Amherst adalah sama seperti bangkai yang dijumpai namun masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan mengenai bangkai kapal berkenaan.
Topic Berkaitan
#kapal karam
#kapal kargo
#Shukri Mohd Isa
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan