awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banglo mewah jadi markas judi online

Hilmi Malik
Hilmi Malik
15/06/2020
08:36 MYT
Banglo mewah jadi markas judi online
Seramai 15 individu warganegara China yang terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita berusia dalam lingkungan 21 hingga 50-an ditahan di sebuah banglo mewah yang dijadikan markas sindiket perjudian atas talian. - Gambar Astro AWANI
Sebuah banglo mewah di sini diserbu pihak polis pada Isnin setelah dikenal pasti menjadi markas sindiket perjudian atas talian menerusi aplikasi ‘WeChat’ didalangi sekumpulan individu warganegara China sekitar jam 12 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, hasil serbuan polis berjaya menahan 15 individu warganegara China terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 21 hingga 50-an.
“Sindiket ini mampu meraih keuntungan sebanyak RM150,000 hingga RM200,000 dalam tempoh sehari yang menyasarkan pasaran Kanada dan Beijing.
“Mereka memasuki Malaysia sejak Oktober tahun lepas dan kita telah merampas 11 unit komputer dan 57 telefon bimbit,” katanya ketika ditemui pada Selasa.
Hasil serbuan mendapati kesemua mereka turut dibekalkan dengan stok bekalan makanan yang dihantar oleh terus ke rumah berkenaan selain turut menerima upah sebanyak RM5,000 sebulan.
Ketika serbuan ada antara mereka yang cuba untuk melarikan diri dengan bertindak untuk terjun menerusi tingkap kediaman tersebut namun usaha itu gagal apabila kawasan tersebut telah dikepung pasukan polis.
Polis percaya terdapat beberapa lagi sindiket sama yang masih beroperasi secara berleluasa dan akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras kegiatan tersebut.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#China
#Judi Online
#Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
#Petaling Jaya
#polis
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan