Bulan Ramadan perlu digunakan oleh rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk mendisiplinkan diri dan menolak nafsu daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama.
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat yang mampu melawan nafsu pasti akan berjaya.
Katanya, beliau yakin bangsa Malaysia akan dipercayai oleh seluruh dunia jika rakyat negara ini boleh mengawal nafsu mereka.
"Apabila kita dikenali sebagai bangsa yang menolak nafsu, yang melakukan apa yang baik dan menolak apa yang tidak baik, maka seluruh dunia akan hormati kita. Dengan itu mereka akan berikan kepercayaan kepada kita dan kita akan dapat lebih banyak manfaat dan peluang untuk melakukan segala-galanya.
"Kita juga akan dapat naik ke pangkat yang lebih tinggi," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Mahathir berkata, bulan puasa bukan sahaja harus digunakan untuk beribadat tetapi juga untuk melatih diri untuk tidak melakukan apa-apa yang terlarang, termasuk rasuah.
Ujarnya, jenayah dilarang dilakukan tidak kira pada mana-mana bulan.
Beliau turut percaya rakyat Malaysia tidak mengira agama sedar tentang tujuan berpuasa yang seterusnya tidak akan mencemarkan puasa mereka.
"Bagi orang bukan Islam pun mereka tentu tahu sebab-sebab kita berpuasa.
"Mereka pun ada acara-acara puasa yang berlainan daripada kita tetapi tujuannnya adalah sama iaitu mengawal diri daripada perbuatan yang dilarang," ujarnya lagi.
Pemimpin berusia 92 tahun itu turut melahirkan rasa syukur kerana masih boleh berpuasa dan diberi kesihatan yang baik.
"Kerana latihan mengawal nafsu ini tidak terhenti pada mana-mana masa dan menjadi satu latihan seumur hidup kerana dia akan membawa hasil yang baik pada diri kita sebagai manusia yang boleh dipercayai, yang apabila diberi tugas apa pun, akan melakukan tugas itu dengan sebenar dan jayanya," katanya.
Hari ini merupakan hari pertama umat Islam di seluruh dunia menyambut bulan Ramadan.
Hasimi Muhamad
Mon May 06 2019
Dr Mahathir menyampaikan ucapan kepada warga Jabatan Perdana Menteri semasa sesi perjumpaan dengan warga itu di Dataran Perdana di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut hadi Dr Wan Azizah. - BERNAMA
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Jangan tolak rawatan gigi meskipun berpuasa
Perkara-perkara membatalkan puasa sering timbul ketika umat Islam menjalani ibadah ini.
Esok tengok anak bulan Ramadan
Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan isytihar tarikh permulaan puasa malam esok.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.
[KOLUMNIS] Ramadan, pemberian agung daripada Allah
Puasa memberi kesan positif terhadap metabolisme tubuh badan dan mencegah daripada serangan pelbagai penyakit.
[KOLUMNIS] Jiwa yang bersih sambut Ramadan
Misi utama maqasid puasa adalah untuk membebaskan manusia daripada pengabdian kepada nafsunya sendiri.
Tarikh lihat anak bulan Ramadan 1 April
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan hari ini menyebut tarikh permulaan puasa akan diisyitharkan pada malam itu melalui radio dan televisyen.
KPDNHEP, MAFI sedia pelan intervensi pastikan bekalan telur cukup menjelang puasa, raya
KPDNHEP dan MAFI juga akan melaksanakan advokasi berterusan dengan pengusaha telur ayam bagi memastikan kestabilan bekalan menjelang musim perayaan itu.
Berpuasa sambil menyusukan anak, sudahkah anda bersedia?
Amalan diet yang tepat itu perlu bagi memastikan nutrisi untuk diri sendiri serta bekalan susu untuk bayi tidak terjejas.
Benar atau tidak rentas negeri sempena Hari Raya diumum lebih awal- Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan kebenaran rentas negeri akan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas mereka membuat penilaian risiko.