Kerajaan akan menggantikan bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh negara yang sudah berusia bagi memastikan ia tidak lebih 40 tahun pada 2021, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata berikutan peruntukan pembangunan yang terhad, beberapa langkah akan diambil oleh kerajaan bagi merealisasikan perkara itu.
"Kita mahu IPK seluruh negara pada 2021, 100 peratus berumur tidak lebih 40 tahun," katanya semasa merasmikan bangunan tambahan IPK Johor (Fasa 1), di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.
Terdahulu, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri memeriksa perbarisan kawalan kehormat di Dataran Pejabat Kem Komandan IPK Johor dan mendengar taklimat pengurusan PDRM Johor oleh Mohd Khalil.
Ahmad Zahid berkata ketika ini, terdapat IPK di negara ini yang beroperasi di bangunan yang berusia lebih 53 tahun.
Berhubung bangunan tambahan IPK Johor (Fasa 1) bernilai RM76.2 juta mengikut kontrak semasa itu, katanya beliau berharap ia dapat menaikkan semangat dan motivasi pegawai dan anggota polis kontinjen Johor untuk melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh.
Beliau juga berharap sistem pendawaian di sekeliling kawasan IPK Johor dapat diperbaiki dengan segera.
Selain IPK, peruntukan sebanyak RM22 juta turut diluluskan bagi menaik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai dan lokap di negeri ini selaras permohonan yang dikemukakan Ketua Polis Johor.
"Untuk lokap, sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan kerana kita harus menjaga hak kemanusiaan (tahanan) dan harus berada dalam piawaian Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) dan peringkat antarabangsa. Saya telah meminta Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk laksanakannya secepat mungkin," katanya.
Bagi kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Ahmad Zahid turut mengarahkan KDN membayar 50 peratus elaun pendahuluan diri kepada pegawai dan anggota polis berpangkat rendah sebelum mereka ditugaskan ke lokasi PRU.
Beliau berkata baki 50 peratus lagi pula harus dibayar selepas pengiraan undi dan pulang ke pangkalan masing-masing.
"Ertinya 100 peratus (elaun) mesti dibayar setelah tugas diselesaikan, bukan tunggu sebulan, dua bulan, bukan tunggu setahun sebagaimana masa lalu. Saya perlu mengambil kira (kebajikan) anak buah. Kerana sebelum ini sudah berapa banyak pilihan raya termasuk pilihan raya kecil, kadang-kadang lebih setahun elaun belum dibayar," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, berlandaskan syariat Islam, upah seseorang itu hendaklah dibayar 'sebelum keringat kering'.
"Ini peluh dah kering tetapi tidak bayar-bayar lagi," katanya.
Timbalan Perdana Menteri kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor.
Bernama
Fri Mar 30 2018
ZAHID: Kita mahu IPK seluruh negara pada 2021, 100 peratus berumur tidak lebih 40 tahun. - Astro AWANI/Fail
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Premis urut tawar khidmat ranjang wanita warga asing diserbu
Serbuan Op Noda Mega dilancar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Serdang dan Gombak di Selangor serta Sentul, Kuala Lumpur, semalam.
Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat
Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suhaily kenang jasa Paramalingam, hoki bentuk disiplinnya
Disiplin yang dibentuk ketika berada di dalam pasukan hoki Selangor dahulu, menjadikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai seorang yang lebih tegas dan bertanggungjawab.
179,865 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 179,865 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang 2023.