awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunan KOMTAR diserikan dengan cahaya berwarna merah sempena Hari Jururawat Sedunia

Bernama
Bernama
11/05/2020
23:34 MYT
Bangunan KOMTAR diserikan dengan cahaya berwarna merah sempena Hari Jururawat Sedunia
Bangunan KOMTAR dinyalakan dengan lampu warna merah bermula malam tadi dan hari ini, dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam. --fotoBERNAMA
Cahaya lampu berwarna merah menerangi bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini sebagai tanda menghargai jasa semua jururawat di atas pengorbanan mereka membantu menangani penularan pandemik COVID-19.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif itu sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 yang disambut pada 12 Mei setiap tahun.
"Pemilihan warna merah melambangkan keberanian yang dimiliki oleh para jururawat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab meskipun negara kini berhadapan dengan detik yang sukar akibat ancaman COVID-19. Terdapat seramai 5,636 jururawat bertugas di Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata warna merah juga melambangkan penghargaan tertinggi rakyat Pulau Pinang kepada semua jururawat dan pekerja perubatan serta warna riben yang dipilih untuk sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 itu.
Bangunan ikonik negeri Pulau Pinang itu dinyalakan dengan lampu warna merah bermula malam tadi dan hari ini, dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#COVID-19
#Hari Jururawat Sedunia
#jururawat
#keberanian
#komtar
#pandemik
#pulau pinang
#warna merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan