announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bangunan Mydin runtuh: tiga orang maut, enam lagi tercedera - Jabatan Bomba Melaka

Bangunan Mydin runtuh: tiga orang maut, enam lagi  tercedera -  Jabatan Bomba Melaka
Bernama melaporkan dua orang maut manakala tiga lagi tercedera apabila tempat letak kereta sebuah pasaraya dalam pembinaan di Pulau Sebang, Alor Gajah runtuh 2 petang tadi. - Gambar Bernama
ALOR GAJAH: Tiga pekerja binaan warga Myanmar maut apabila satu daripada tingkat bangunan sebuah pusat beli-belah dalam binaan di Pulau Sebang di sini runtuh, petang tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata kejadian pada pukul 2.15 petang itu turut mengakibatkan enam pekerja lain yang juga warga Myanmar manakala tiga lagi cedera parah.

"Dalam kejadian itu pekerja dipercayai sedang membuka perancah simen di tingkat itu yang telah keras, bagaimanapun tingkat itu tiba-tiba runtuh.

"Kita sedang menyiasat punca sebenar kejadian itu dan juga akan memeriksa seluruh struktur bangunan itu bagi memastikan bangunan itu selamat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.  

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Nazili Mahmood.

“Setakat ini maklumat yang kita terima oleh ketua pekerja di tapak lokasi, jumlah masa yang dikumpul telah mencukupi tetapi masih ragu-ragu. Jadi, kita teruskan operasi untuk memastikan semua mangsa dikeluarkan,” katanya kepada Astro AWANI.

 
Runtuh pulau sebang 2

Runtuh pulau sebang 3

Runtuh pulau sebang 4
Sumber Foto - BERNAMA

Kerja-kerja menyelamat melibatkan 78 anggota bomba dengan tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Kubu, Masjid Tanah dan Bukit Katil.

Turut terlibat 21 pegawai dan anggota polis Jabatan Pertahanan Awam, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Jabatan Kesihatan.
 
Runtuh pulau sebang 5
 
Runtuh pulau sebang 6
 
Runtuh pulau sebang 7
Sumber Foto - Twitter Bomba JBPM

Bernama melaporkan mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Tampin, manakala mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang peniaga Mohd Daud Ali, 34, berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan terdengar dentuman kuat sebelum bergegas ke belakang kedai kira-kira 2.20 petang.

Katanya, dia kemudian memasuki kawasan tapak pembinaan berkenaan dan melihat runtuhan konkrit menimbus beberapa pekerja kontrak di tingkat atas bangunan tersebut.

"Saya nampak tiga pasang di bawah runtuhan tersebut tetapi tidak berani membantu kerana berada dalam keadaan terkejut," katanya.