Semua Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat perlu mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat walaupun bangunan yang didirikan bersifat sementara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sama ada bangunan itu sementara atau kekal, peraturan keselamatan sudah termaktub dalam dasar pendidikan Maahad Tahfiz.
"Kita dapati tidak terdapat ciri keselamatan yang sepatutnya dipatuhi. Kami faham bahawa tempat penginapan dan pengajian ini adalah sementara sahaja kerana mereka sedang melakukan pengubahsuaian bagi Maahad Tahfiz yang kekal bentuknya.
"Namun, kita mempunyai dasar pendidikan Maahad Tahfiz dan ini diikuti walaupun ia berbentuk sementara atau kekal, ia harus diikuti," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datok Keramat yang terbakar awal hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, pihak bomba sebelum ini telah mencadangkan agar latihan khusus mengenai aspek keselamatan diwujudkan di Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat.
"Pertamanya ciri keselamatan pihak bomba mesti diikuiti. Kedua, dengan tidak mencampuri hal ehwal pendidikan agama di bawah kerajaan negeri, maka kita beri pandangan agar piawaian yang telah ditentukan untuk pusat tahfiz dipatuhi.
"Malah, pihak bomba telah menyediakan latihan khusus untuk mencadang mereka mewujudkan latihan khusus agar Maahad Tahfiz dan sekolah agama rakyat mewujudkan pasukan bomba sukarelawan masing-masing," katanya lagi.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, cadangan dikemukakan pihak bomba berkenaan telah digerakkan sejak Mei lalu.
Bagaimanapun, beliau mengakui ada Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat yang meragui cadangan berkenaan.
"(Cadangan ini) telah dirancakkan bulan Mei lalu, namun ada Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat yang khuatir kononnya kita mahu campur tangan atau ambil alih pentadbiran sekolah itu, tetapi kita mahu lihat keselamatan diutamakan," ujarnya.
Berdasarkan rekod yang diperolehinya, terdapat 31 kebakaran seumpama itu berlaku setakat ini.
Rahimah Abdullah
Thu Sep 14 2017
Semua Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat perlu mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat walaupun bangunan yang didirikan bersifat sementara. -Bernama
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
Tujuh blok rumah pekerja kilang di Kalabakan musnah terbakar
Tujuh blok rumah pekerja kilang papan yang mempunyai keseluruhan 130 pintu musnah dalam kebakaran di Jalan Brantian, Kalabakan awal pagi tadi.
JAS, Kualiti Alam pantau udara di lokasi kebakaran kimia
Penyiasatan tambahan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Gudang sisa bahan kimia di Bukit Pelanduk musnah dalam kebakaran
Gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali.
Lelaki warga emas maut dalam kebakaran di Klang
Seorang lelaki warga emas maut manakala adiknya terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas C, di Jalan Kereta Api Lama Batu 9, Klang, Selangor malam tadi.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
KKM lulus peruntukan bina bangunan baharu Klinik Kesihatan Tangkarason, Beluran
Peruntukan itu juga termasuk bagi kerja-kerja pembaikan kecil Dewan Kampung Tangkarason yang bernilai RM50,000.
SESB rugi RM40 juta dalam kebakaran stor kabel
Kabel itu adalah untuk diagihkan ke seluruh negeri, kebanyakannya digunakan membuat penyambungan bekalan elektrik ke rumah pengguna.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.