MALAYSIA
Banjir: 11 sekolah di Pahang ditutup

Murid-murid SK Bukit Kiun terkandas selepas jalan dinaiki air dan sekolah mereka juga tutup pada hari pertama Sesi Persekolahan 2018 akibat ditenggelami banjir hari ini. - BERNAMA
Sebelas buah sekolah di Pahang terpaksa ditutup akibat banjir setelah hujan lebat berterusan sejak semalam menenggelamkan kawasan sekolah berkenaan.
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Dr Tajuddin Mohd Yunus ketika dihubungi berkata, daripada jumlah itu, sembilan sekolah adalah di Kuantan dan sebuah sekolah masing-masing di Pekan serta Jerantut.
Sembilan sekolah di daerah Kuantan melibatkan SMK Sungai Lembing, SJKC Sungai Lembing, SK Nadak, SK Sungai Lembing, SK Sungai Mas, SJKC Panching, SJKT Kuala Reman, SK Panching dan SK Bukit Kuin.
Sekolah yang terjejas di Pekan ialah SK Acheh manakala di Jerantut, SK Gintong.
Sekolah-sekolah berkenan ditutup kerana dinaiki air dan terputus hubungan.
"Bila saya datang ke sekolah, saya tengok air dah penuh. Namun saya harap banjir seperti ini tidak mengganggu pelajaran saya memandangkan saya akan ambil UPSR tahun ini," jelas Mohd Danial Hakimi Supar Azuan.
"Saya risau kerana saya berazam untuk lulus UPSR, kalau banjir tak dapat nak belajarlah," tambahnya.
Tinjauan juga mendapati bangunan sekolah mula dinaiki air sedalam 0.5 meter sejak 7 pagi tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami