Rakyat Kelantan diseru untuk melakukan solat hajat dan berdoa ketika ini agar banjir besar tidak melanda.
Seruan itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu rakyat negeri tersebut melakukan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT.
Selain itu, beliau turut menyeru seluruh rakyat terutamanya mangsa banjir tidak mengambil mudah setiap arahan pihak berkuasa.
"Apabila arahan berpindah dikeluarkan, semua pihak hendaklah mengambil langkah segera agar berpindah.
"Seeloknya ia mesti dilaksanakan sebelum waktu Maghrib bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam proses pemindahan," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, laporan ramalanc yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi hari ini menunjukkan hampir seluruh negeri mengalami hujan peringkat bahaya (merah) sehingga esok.
"Sehingga kini jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka adalah sebanyak 32 buah melibatkan seramai 1,440 mangsa daripada 380 keluarga di seluruh negeri Kelantan.
"Seluruh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) setiap jajahan dan Pengkalan Hadapan sudah berada keadaan siap sedia dengan kerjasama bersepadu pasukan keselamatan termasuk sukarelawan di kawasan berisiko tinggi," katanya.
Sehubungan itu, beliau berpesan agar rakyat Kelantan bersedia dan berwaspada bagi menghadapi bencana banjir.
Vivi Sumanti
Sun Dec 01 2019
Ramalan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi hari ini menunjukkan hampir seluruh negeri mengalami hujan peringkat bahaya. - Foto Astro AWANI
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Banjir besar: Rakyat Kelantan diseru solat hajat, berdoa - MB
Rakyat Kelantan diseru untuk melakukan solat hajat dan berdoa ketika ini agar banjir besar tidak melanda.