awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Kulim, dua beranak mati lemas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/05/2018
08:09 MYT
Banjir di Kulim, dua beranak mati lemas
Mayat mangsa di bawa arus deras akibat banjir, Johari Bakar, yang ditemui di dalam Sungai Kob oleh penduduk kampung kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya sebelum di bawa ke Hospital Kulim untuk di bedah siasat. - Foto BERNAMA
Dua beranak mati lemas dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Baru di Kulim, Kedah awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira 1 pagi tadi Johari Bakar, 60 tahun, dan anaknya Nor Suri Danila, 14 tahun ditemukan lemas selepas hanyut akibat arus deras.
Ketika kejadian, johari dikatakan cuba menyelamatkan diri bersama isteri Johari, Che Yam Ton, 55, dan seorang lagi anak mereka Azim Hazrin, 21, yang terselamat.
Namun usaha itu gagal, sebaliknya, Johari dihanyutkan arus deras. Isteri dan anaknya yang mengekori Johari turut dihanyutkan arus.
Bagaimanapun, Che Yang sempat berpaut pada dahan pokok, sebelum diselamatkan penduduk kampung.
Manakala, Dalilla gagal menyelamatkan diri dan turut dihanyut arus.
Gerakan mencari oleh pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang dibantu penduduk kampung berjaya menemui mayat Danilla pada 8.30 pagi tersangkut pada akar kayu di Sungai Kob.
Sementara itu, Mayat johari ditemui jam 10.15 pagi tadi tidak jauh dari keretanya yang turut sama dihanyutkan air.
“Sebab terjadinya mangsa dihanyutkan adalah disebabkan oleh kepala air yang mula turun daripada sungai tepi rumah beliau dan menghempap kereta seterusnya mansa tersebut,” kata Penguasa Kanan Bomba 2 Bomba Kulim, Mohd Hafiz Suhaimi.
Kedua-dua mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Azim Hazrin
#banjir kilat
#Che Yam Ton
#dua beranak
#hanyut
#Johari Bakar
#Kulim
#mati lemas
#Nor Suri Danila
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan