awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: 735 mangsa di 14 pusat pemindahan

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2017
10:28 MYT
Banjir Kelantan: 735 mangsa di 14 pusat pemindahan
Usaha pemindahan mangsa masih berjalan sehingga lewat petang hari ini. - Gambar fail
Orang ramai di Kelantan sudah mula berhadapan dengan musibah banjir dan terpaksa meninggalkan rumah masing-masing selepas beberapa kawasan di negeri berkenaan mula dinaiki air pagi ini.
Sehingga jam 4 petang ini, 735 mangsa dari 96 keluarga di Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Pasir Mas, Machang dan Kuala Krai terpaksa dipindahkan ke 14 pusat pemindahan.
Mangsa yang ditemui di pusat pemindahan di Ketereh memaklumkan, hujan berterusan sejak semalam menyebabkan perkarangan rumah mereka mula digenangi air pada jam 6 pagi tadi.
Mereka mula berpindah selepas diarahkan berbuat demikian pada tengah hari.
“Air mula naik dan tidak berhenti sekitar jam 1 atau 2 tadi. Ketika saya meninggalkan rumah tadi, air sudah melepasi paras pinggang,” jelas Baharom Hussein, salah seorang mangsa banjir.
BACA: Beberapa kawasan rendah di Kelantan dilanda banjir
BACA: Banjir di enam daerah di Pantai Timur bermula Rabu - NADMA
Sementara itu, Pentadbir Mukim Kok Lanas, Harris Nor berkata, kampung-kampung dan kawasan perumahan di mukim terbabit sudah dua kali dinaiki banjir tahun ini.
“Saya nasihatkan kepada mangsa banjir sebelum ini supaya lebih berjaga-jaga apabila hujan dan jangan tunggu saat akhir untuk berpindah,” ujarnya.
Usaha pemindahan mangsa masih berjalan sehingga lewat petang hari ini.
Topic Berkaitan
#air
#banjir
#Kok Lanas
#Kota Bharu
#Kuala Krai
#machang
#mangsa
#Pasir Mas
#Pasir Puteh
#pusat pemindahan
#rumah
#Tanah Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan