awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kerajaan pastikan bantuan tiba ke Kelantan - PM

Bernama
Bernama
27/11/2017
15:11 MYT
Banjir: Kerajaan pastikan bantuan tiba ke Kelantan - PM
Kelihatan penduduk meredah air banjir apabila kampung mereka dinaiki air apabila hujan lebat berterusan semenjak dua hari lepas di Kampung Hutan Pasir Ketereh hari ini. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan yang mula dinaiki air di Kelantan, sejak beberapa hari lepas.
Najib berkata beliau kini sedang memantau keadaan di beberapa kawasan yang dinaiki air dan memerlukan penduduknya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
"Saya harap semua berhati-hati dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa. Kerajaan akan pastikan bantuan tiba kepada yang memerlukan," kata Najib menerusi catatan di laman Facebook beliau, malam ini.
Sehingga 9 malam ini, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,078 orang berbanding 834 orang pada 5 petang tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di 23 buah PPS yang dibuka di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok.
Sementara itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas telah melebihi paras bahaya dan semakin meningkat kepada 9.68 meter berbanding 9.52 meter pada 5 petang tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Facebook
#Kelantan
#mangsa
#Najib Razak
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan