Tutup

Banjir kilat: Beberapa kawasan di Klang, Selangor ditenggelami air

Banjir kilat: Beberapa kawasan di Klang, Selangor ditenggelami air
Hujan lebat dalam tempoh yang panjang mengakibatkan sistem perparitan tidak mampu menampung air hujan di kawasan tersebut. - Gambar ihsan Bomba Klang
KLANG: Hujan lebat yang melanda sejak awal pagi Jumaat hari ini menyebabkan beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi mengesahkan bahawa pihaknya menerima panggilan pada jam 8.30 pagi seleum tiga jentera dari Balai Bomba Sungai Pinang, Kota Raja dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.
Jelasnya, hujan lebat dalam tempoh yang panjang mengakibatkan sistem perparitan tidak mampu menampung air hujan di kawasan tersebut.

“Jadi kawasan yang tenggelam adalah Taman Rashna, Tugu Keris, Zon Batu Tiga, Parlimen Shah Alam dan Lebuhraya Persekutuan, di mana air naik begitu mendadak sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas kepada pengguna jalan raya.
“Tiada penduduk yang dipindahkan kerana air naik adalah dari kawasan Shah Alam dan Kuala Lumpur turun melalui sungai.

“Pada masa sama, kawasan Klang mengalami air pasang, jadi air tidak dapat dilepaskan untuk keluar ke Sungai Klang,” katanya.

Mengulas lanjut, Samsol berkata pihak bomba kini dalam keadaan bersiap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan.

Setakat ini, katanya air di kawasan-kawasan yang terjejas telah surut dan jalan yang ditenggelami air sudah boleh dilalui.

Samsol dalam pada itu turut menafikan mengenai video yang tular di laman sosial WhatsApp, menegaskan kejadian tersebut bukan berlaku di Klang.




Tag: Astro Awani, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Parlimen, Bomba dan Penyelamat Zon Klang, banjir, banjir kilat, Lebuhraya Persekutuan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.