awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Enam pusat pemindahan dibuka di Kedah setakat 10 malam tadi

Bernama
Bernama
15/09/2017
23:11 MYT
Banjir kilat: Enam pusat pemindahan dibuka di Kedah setakat 10 malam tadi
Hujan berterusan sejak malam Khamis mengakibatkan lebih 600 mangsa dari kira-kira 150 keluarga terjejas akibat banjir kilat pada Jumaat. - Gambar hiasan
Enam pusat pemindahan di tiga daerah di Kedah sudah dibuka setakat pukul 10 malam tadi bagi menempatkan 415 mangsa banjir kilat daripada 106 keluarga.
Pusat pemindahan itu masing-masing dua di daerah Kuala Muda, Langkawi dan Bandar Baharu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam satu kenyataan memaklumkan pusat pemindahan di Kuala Muda iaitu Dewan Kampung Tengah dan Surau Kampung Tengah masing-masing menempatkan 14 dan 200 mangsa.
Manakala di Bandar Baharu, pusat pemindahan Dewan Kampung Majidee menempatkan 10 mangsa, manakala Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu sebanyak 74 mangsa.
Di Langkawi, seramai 82 mangsa ditempatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang dan 35 lagi di Dewan Kampung Raja.
Hujan berterusan sejak malam Khamis mengakibatkan lebih 600 mangsa dari kira-kira 150 keluarga terjejas akibat banjir kilat pada Jumaat.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir kilat
#JBPN
#Kedah
#mangsa
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan