Hujan berterusan sejak pagi tadi telah menyebabkan beberapa kawasan antaranya Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Sungai Ara, Teluk Bahang dan Sungai Pinang di Balik Pulau, Pulau Pinang mengalami banjir kilat.
Hujan bermula pukul 8.30 pagi hingga 4 petang itu telah menyebabkan puluhan rumah di kawasan itu mengalami banjir kilat dan dinaiki air antara 0.3 meter(m) hingga 0.6m.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata pihaknya menerima beberapa panggilan memaklumkan berlaku banjir kilat bermula pukul 3.30 petang dan pihak bomba mengambil tindakan segera dengan membuat pemantauan secara rapi bagi menyelamatkan mangsa banjir.
"Banjir kilat itu dipercayai berlaku selepas hujan lebat sejak pagi tadi dan beberapa jalan raya di George Town juga dinaiki air sehingga berlaku kesesakan lalu lintas.
Namun keadaan masih terkawal dan setakat pukul 6.30 petang tiada mangsa yang dipindahkan, pihak bomba sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan terutama banjir jika hujan masih berterusan malam ini hingga esok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Saadon berkata selain itu, hujan lebat turut menyebabkan berlaku fenomena kepala air di kawasan rekreasi Air Terjun Titi Kerawang di Teluk Bahang dan ia menjadi tular di media sosial.
Katanya namun tiada kemalangan jiwa atau mangsa terlibat dalam kejadian kepala air itu kerana semasa insiden tersebut tiada pengunjung di air terjun berkenaan.
"Orang ramai dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Ibu bapa juga perlu mengawasi anak-anak mereka agar tidak bermain air banjir,"katanya.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata sehingga pukul 7 malam, 33 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Surau Haji Hashim di Bukit Kecil, Sungai Pinang di Balik Pulau."Mereka yang dipindahkan terdiri daripada sembilan keluarga membabitkan 15 lelaki dan 13 wanita serta empat kanak-kanak termasuk kanak-kanak perempuan. Rumah mangsa dinaiki air sehingga paras pinggangdan ia berbahaya kepada mereka," katanya.
Seorang mangsa banjir, Rohayu Hussin, 35, berkata rumahnya di Bayan Lepas turut dinaiki air hingga paras lutut selepas hujan lebat di kawasan kediaman mereka sejak pagi tadi.
"Saya tengah bekerja di kantin sebuah kilang di Bayan Lepas dan kira-kira pukul 3, jiran hubungi bagitahu rumah sudah dinaiki air...saya terus balik dan semasa itu tiada sesiapa di rumah kerana suami juga bekerja manakala anak belum balik sekolah.
"Air sudah paras lutut waktu itu dan beberapa barangan elektrik seperti mesin basuh dan peti ais serta perabot telah terendam dalam air banjir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 21 2018
Laluan di Jalan Sungai Tiram, Bayan Lepas sesak dengan kenderaan apabila jalan berkenaan dinaiki air akibat banjir. Bagaimanapun keadaan kembali pulih apabila air mulai surut petang tadi. - Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong, 9 menentang dan 25 berkecuali.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
Banjir kilat di Gerik, kedai, kenderaan terjejas
Kejadian yang berlaku sekitar pada jam 7.30 malam turut menyebabkan kenderaan terkandas.
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Hampir 100 maut di Pakistan ekoran hujan lebat dan banjir kilat
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa, Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir.
Banjir kilat: Kerosakan infrastruktur di Negeri Sembilan hampir RM1 juta - Aminuddin
Kerugian melibatkan kerosakan infrastruktur akibat banjir kilat di beberapa daerah di Negeri Sembilan semalam dianggarkan berjumlah hampir RM1 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Terengganu dicadang laksana caruman perparitan tangani kes banjir kilat
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mencadangkan Kerajaan Negeri Terengganu supaya mengenakan caruman perparitan kepada pemaju tanah.
Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir
Pemaju LRT3 diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor.