NATIONAL
Banjir kilat: Lapan rumah dinaiki air, pokok tumbang di beberapa tempat di Perak

Terdapat kejadian beberapa batang pokok tumbang di Tapah dan Gopeng. Foto JBPM
Hujan lebat selama kira-kira dua jam pagi ini menyebabkan lapan buah rumah di Kampung Poh di sini dinaiki air lebih setengah meter.
Bagaimanapun, mangsa tidak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana air telah surut.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian banjir kilat itu kira-kira jam 10 pagi.
“Ketua operasi mengarahkan anggota terus melakukan pemantauan memandangkan air sungai berhampiran masih di paras berjaga-jaga,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto JBPM

Foto JBPM
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, JBPM Perak turut menerima panggilan mengenai tiga batang pokok tumbang di Jalan Damai, Tapah dan Kampung Gunung Mensah, Gopeng.
Di Jalan Damai, terdapat dua batang pokok tumbang dan merintangi jalan dari kedua-dua arah manakala di Kampung Gunung Mensah, sebatang potong tumbang merintangi jalan dan menimpa kabel TNB.
“Anggota telah memotong pokok-pokok yang tumbang dan membersihkan kawasan bagi membolehkan lalu lintas kembali normal,” ujarnya.

Foto JBPM

Foto JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami