awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Terengganu bertambah buruk, dua lagi daerah dinaiki air

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2019
00:18 MYT
Banjir Terengganu bertambah buruk, dua lagi daerah dinaiki air
Mangsa banjir di Besut menunjukkan peningkatan mendadak sehingga mencecah 1,110 orang setakat jam 7 pagi ini dan 21 PPS telah diaktifkan. - Astro AWANI
Situasi banjir di negeri ini bertambah buruk pada pagi ini, menyaksikan seramai 2,296 mangsa terjejas, berbanding 445 pada Jumaat.
Peningkatan mendadak itu berikutan dua lagi daerah turut dilanda banjir, iaitu Hulu Terengganu dan Dungun.
Berdasarkan laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 646 keluarga ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.
Dari jumlah itu, mangsa banjir di Besut terus menunjukkan peningkatan mendadak sehingga mencecah 1,110 orang setakat jam 7 pagi ini.
Sebanyak 21 PPS telah diaktifkan di daerah itu bagi menempatkan 290 keluarga.
Di Setiu pula, jumlah mangsa terus meningkat kepada 553 orang daripada 189 keluarga, berbanding 161 mangsa dari 70 keluarga sebelum ini.
Kesemua mereka berada di 10 PPS yang beroperasi setakat ini.
Daerah terbaharu dilanda banjir pula, iaitu Hulu Terengganu, menempatkan 112 mangsa daripada 35 keluarga di lima PPS.
Manakala di daerah Dungun, sebanyak empat PPS telah dibuka bagi menempatkan 483 mangsa.
Sementara itu, Ketua Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Lt Kol Che Adam A Rahman berkata, penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir diminta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa, terutamanya arahan untuk berpindah ke PPS yang telah ditetapkan JKM.
Katanya, penduduk juga perlu peka dengan perubahan cuaca semasa dan mengikuti perkembangan terkini banjir dari saluran maklumat yang sah.
Topic Berkaitan
#banjir
#Besut
#Dungun
#Hulu Terengganu
#jkm
#mangsa banjir
#PPS
#pusat pemindahan
#Setiu
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan