Bank Islam Malaysia Bhd menyemak turun Kadar Asas (BR) sebanyak 25 mata asas daripada 2.77 peratus kepada 2.52 peratus manakala Kadar Pembiayaan Asas (BFR) juga disemak turun daripada 5.72 peratus kepada 5.47 peratus.
Bank itu menerusi kenyataan pada Rabu berkata pada masa yang sama, kadar deposit juga akan diselaraskan dengan penurunan sebanyak 25 mata asas.
"Semua perubahan kadar akan berkuat kuasa mulai 10 Julai, 2020. Keputusan ini adalah sejajar dengan langkah penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas daripada 2.00 peratus kepada 1.75 peratus oleh Bank Negara Malaysia," menurutnya.
Ia berkata semakan terakhir BR Bank Islam dilaksanakan pada 12 Mei, 2020, iaitu daripada 3.27 peratus kepada 2.77 peratus manakala BFR diturunkan daripada 6.22 peratus kepada 5.72 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Muazzam Mohamed berkata semakan turun kadar tersebut tepat pada masanya memandangkan tempoh moratorium akan berakhir.
"Kami menjangkakan langkah ini mengurangkan kesan pasca moratorium yang dialami sebahagian besar pelanggan kami, iaitu dengan meringankan komitmen bayaran ansuran bulanan mereka.
"Bank Islam sentiasa memastikan keperluan kewangan pelanggan diberi perhatian, terutama dalam mengharungi persekitaran semasa yang mencabar. Bank ini juga menyediakan khidmat rundingan berkaitan pengaturan pembayaran pembiayaan untuk pelanggan yang terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19," katanya.
Beliau berkata Bank Islam komited untuk terus menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan yang memenuhi kehendak dan jangkaan pelanggan.
Bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik, Bank Islam akan terus mendukung prinsip kemampanan perniagaan dengan memanfaatkan kemajuan teknologi dan inovasi, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 08 2020
Bank Islam komited untuk terus menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan yang memenuhi kehendak dan jangkaan pelanggan.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
Bank Rakyat catat keuntungan RM1.76 bilion bagi tahun kewangan 2023
Kumpulan Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) lebih tinggi sebanyak RM1.76 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
Bank Islam menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023).
Bank Islam lancar Kad Debit-i Visa Be U
Kad Debit-i Visa Be U menyediakan transaksi yang cepat, selamat dan tanpa sentuhan di mana-mana pedagang Visa di seluruh dunia.
Bank Islam umum pelantikan baharu Lembaga Pengarah dan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah
Pelantikan baharu akan mengukuhkan lagi Komposisi Lembaga Pengarah Kumpulan menjelang ulang tahun Bank Islam ke-40 tahun ini.
Bank Islam tawar moratorium hingga enam bulan kepada mangsa banjir
Bagaimanapun, permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan itu tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.
Keuntungan bersih Bank Islam diseret oleh perbelanjaan cukai yang tinggi
Keuntungan sebelum zakat dan cukai meningkat 6.1 peratus kepada RM746.87 juta, disumbangkan oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi.
KDNK Malaysia dijangka catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN - Firma penyelidikan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan mencecah 8.4 peratus bagi tahun kewangan 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021.
OPR dijangka naik 25 mata asas esok, 25 mata pada Mac - Bank Islam
Ia menjadikan kadar terminal baharu adalah pada 3.25 peratus.
Bank Islam catat untung bersih suku ketiga lebih tinggi kepada RM142.86 juta
Pendapatan bersih kumpulan BIMB turut meningkat sebanyak RM111.2 juta atau 22.2 peratus.