awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan COVID-19: Jangan tunggu bencana baru keluar garis panduan - NGO

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/04/2020
07:45 MYT
Bantuan COVID-19: Jangan tunggu bencana baru keluar garis panduan - NGO
Kerajaan perlu mendengar rintihan mereka yang amat mengharapkan bantuan daripada NGO pada masa sama memudahkan tugas mereka menyalurkan bantuan. - Foto Facebook / Buku Jalanan Chow Kit
Kerajaan perlu melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) secara langsung sebagai pasukan petugas khas dalam mendepani bencana di negara ini.
Pengasas Buku Jalanan Chow Kit, Siti Rahayu Baharin menegaskan, segala garis panduan dan latihan perlu diutarakan terlebih awal dan bukannya sewaktu sesuatu bencana itu berlaku.
“Di masa hadapan, saya rasa mungkin pihak PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) boleh adakan latihan cara tangani krisis kepada semua NGO yang terlibat.
“Dari situ, kita dah ada satu kesiapsiagaan krisis (crisis preparedness), kita sudah bersedia untuk menghadapi krisis. Jadi kita dah ada sekumpulan NGO yang dapat bekerjsama dengan pihak berkuasa dengan lebih mudah tanpa perlu menunggu bila ada bencana, baru nak tubuhkan pasukan petugas.
“Mewujudkan pasukan petugas lebih awal akan menjadikan kita lebih bersedia menghadapi krisis yang akan menimpa,” katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas berkenaan garis panduan yang dikeluarkan JKM, Siti Rahayu berkata, ia boleh dipermudahkan dengan pendafataran secara atas talian sekaligus tidak perlu untuk mereka menghadirkan diri ke pejabat JKM di setiap daerah.
Malah, ujarnya, JKM boleh mengenal pasti dan memberi kelulusan kepada NGO terpilih untuk melakukan pengedaran bantuan keperluan harian tanpa perlu melalui proses yang remeh.
“JKM boleh benarkan NGO yang telah mereka kenal pasti, semak integriti dan akauntabiliti badan NGO itu dan mereka boleh bagi kebenaran, mungkin hanya dengan surat kebenaran daripada JKM.
“Jadi, JKM telah kenal pasti NGO tertentu yang akan terlibat dengan proses bantuan sumbangan. Perkara itu akan memudahkan. Saya rasa, sekiranya NGO disokong dan diberi kepercayaan sebegitu, mereka akan dapat memberi sepenuh tenaga membantu kehidupan masyarakat yang tengah berada dalam keadaan yang sangat tenat sekarang.
Justeru, beliau mahu kerajaan mendengar rintihan mereka yang amat mengharapkan bantuan daripada NGO pada masa sama memudahkan tugas mereka menyalurkan bantuan.
Topic Berkaitan
#Badan Bukan Kerajaan
#bantuan bencana
#bantuan keperluan
#Buku Jalanan Chow Kit
#COVID-19
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#jkm
#koronavirus
#NGO
#pasukan petugas bencana
#Siti Rahayu Baharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan