awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam Pulau Pinang

Bernama
Bernama
13/05/2019
03:43 MYT
Bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam Pulau Pinang
Chow menyeru kepada semua penjawat awam agar terus memberikan kerjasama dan komitmen untuk menjayakan semua inisiatif-inisiatif yang telah digariskan. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata bantuan khas ini diberi kerana Kerajaan Negeri prihatin dengan tekanan kos sara hidup lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan yang dihadapi oleh kakitangan awam.
"Bantuan yang diberikan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM5.27 juta sebagai pemberian BKK kepada 3,905 penjawat awam di negeri ini," katanya pada sidang media di sini.
Pada masa yang sama, Chow turut menyeru kepada semua penjawat awam agar terus memberikan kerjasama dan komitmen untuk menjayakan semua inisiatif-inisiatif yang telah digariskan untuk membentuk Pulau Pinang ke arah Visi 2030 Pulau Pinang.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata, Kerajaan Negeri kini dalam proses untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam di negeri ini.
BACA: Cuepacs tetap berharap kerajaan beri bonus sebelum Hari Raya
"Kita fokus (untuk mengurangkan) kakitangan yang berjawatan tetap terlebih dahulu khususnya mereka yang mempunyai masalah disiplin," kata Farizan.
Farizan berpesan kepada semua penjawat awam di Pulau Pinang agar sentiasa mengutamakan integriti dan menjaga imej baik institusi dalam menjalan tugas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Chow Kon Yeow
#hari raya
#integriti
#kerajaan
#Ketua Menteri
#penjawat awam
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan