Terdapat banyak cara lain untuk masyarakat menyambut perayaan dan tidak hanya kekal dengan cara biasa terutamanya apabila kebanyakan negara dalam dunia mempraktikkan normal baharu.
Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng berkata, meskipun masyarakat kini mungkin berdepan kesusahan susulan normal baharu namun beliau percaya ada hikmah di sebalik semuanya.
“Ada beberapa hikmah di sebalik kesusahan yang berlaku sekarang. Yang pertama ada banyak cara lain untuk kita sambut hari raya bukan untuk tahun ini sahaja tapi untuk tahun-tahun akan datang juga.
“Kenapa tahun akan datang? Kerana penamatnya akan datang apabila ada vaksin atau ubat yang terbukti berkesan untuk menyembuhkan COVID-19 tapi vaksin itu tidak akan datang dalam masa terdekat.
“Kemungkinan kita perlu sambut hari raya, Krismas, Deepavali dan sebagainya dalam cara ini pada dua ke tiga tahun akan datang,” katanya.
Tambah beliau, meskipun dengan cara baru tetapi ia bukanlah bermaksud masyarakat tidak dapat menzahirkan kasih sayang mereka kepada keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan.
“Salah satu cara untuk kita tunjukkan kasih sayang adalah dengan tidak mengunjungi mereka terutamanya warga emas dan mereka yang berisiko tinggi.
“Satu lagi hikmahnya adalah untuk menyambut dan tunjukkan kasih sayang kita kepada keluarga dan seisi rakyat Malaysia dengan cara lain tapi niatnya masih kekal,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Swee Kheng berpendapat kepercayaan kepada agama, budaya, adat, tradisi dan aspek sosial amat penting (dalam membendung pandemik COVID-19).
“Pandemik ini tidak boleh dibendung secara saintifik atau di hospital oleh pakar perubatan sahaja, ia memerlukan kerjasama daripada seluruh masyarakat.
“Kefahaman sains dengan kefahaman budaya, agama akan bercampur-baur tetapi ia tidak bercanggah sebaliknya akan diintegrasikan untuk membendung pandemik ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Sesi Webinar Secara Langsung dibawakan Astro AWANI yang membincangkan tajuk ‘Aidilfitri dan COVID-19: Beraya Secara Berhemah’ pada Rabu.
Webinar tersebut dikelolakan Editor Kanan Astro AWANI, Dzulfitri Yusop dan disertai ahli panel iaitu Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin, Pakar Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Aidalina Mahmud dan Aktivis Sosial, Syed Azmi.
Ridauddin Daud
Wed May 20 2020
Terdapat banyak cara lain untuk masyarakat menyambut perayaan dan tidak hanya kekal dengan cara biasa terutamanya apabila kebanyakan negara dalam dunia mempraktikkan normal baharu. - Gambar Astro AWANI
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya
Rumah pusaka hilang seri, Aidilfitri sepi tanpa Khalid Ali
Suasana menjadi sedikit janggal tanpa watak penghibur yang sentiasa menghiasi kemeriahan Aidilfitri keluarga besar mereka.