awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyak sangat masalah dalam Kementerian Pendidikan - Dr Mahathir

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/01/2020
10:42 MYT
Banyak sangat masalah dalam Kementerian Pendidikan - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani plak perasmian ketika melawat Depot Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) di Serendah hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mendapati terlampau banyak permasalahan dalam Kementerian Pendidikan.
Pemangku Menteri Pendidikan itu berkata, beliau akan mengkaji dahulu mengapa permasalahan itu timbul sebelum dapat membuat sebarang keputusan mengenainya.
“Saya perlu mengkaji dahulu masalah berkenaan sebelum membuat keputusan. Terlampau banyak masalah dalam Kementerian Pendidikan. Jadi saya harus tahu mengapa ia timbul dan apakah langkah penyelesaian yang sesuai,” katanya kepada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Depot DMIA, di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya apakah keutamaan beliau selepas memangku jawatan itu bermula 3 Januari lepas, bagi menggantikan Dr Maszlee Malik yang meletak jawatan.
Ditanya sama ada beliau akan memisahkan semula Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Mahathir berkata - “Itu sesuatu yang saya mungkin akan pertimbangkan, berdasarkan cadangan anda”.
Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau bersetuju untuk berjumpa dengan pihak Dong Zong berhubung isu tulisan Jawi di sekolah vernakular, Dr Mahathir berkata beliau akan fikirkan dahulu.
“Kita akan fikirlah...saya ada banyak kerja, saya tak dapat jumpa dengan press pun,” ujarnya ringkas.
Topic Berkaitan
#Dong Zong
#JAWI
#Kementerian Pendidikan
#Mahathir Mohamad
#Maszlee Malik
#Menteri Pendidikan
#pendidikan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan