Seorang bapa kepada anak tidak sah taraf tidak boleh mendaftarkan nama peribadinya di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 bagi anak itu menggunakan namanya daripada 'Abdullah' kerana peruntukan itu hanya membenarkan bagi mereka yang menggunakan nama keluarga, Mahkamah Persekutuan diberitahu.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan berhujah di hadapan panel tujuh hakim bahawa Seksyen 13A BDRA tidak terpakai bagi orang Melayu atau Hindu kerana mereka tidak mempunyai nama keluarga.
"Permohonan untuk mendaftar di bawah nama bapa dalam kes ini adalah 'M.E' Ia bukan nama keluarga. Ia adalah nama bapa itu," katanya dalam rayuan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ketua pengarahnya dan kerajaan yang didengar semula oleh mahkamah.
JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada Mei 2017, yang memutuskan bahawa anak pasangan Islam yang dilahirkan luar nikah (anak tak sah taraf) boleh menggunakan 'bin atau binti' bapanya, dan bukannya 'Abdullah'.
Suzana yang mewakili perayu, berkata orang Melayu tidak mempunyai nama keluarga dan mereka menggunakan nama bapa mereka, serta menambah berdasarkan pendaftaran Seksyen 13A, ia hanya terpakai kepada masyarakat Cina dan Eurasia yang mempunyai nama keluarga.
Suzana berkata surname merujuk kepada nama keluarga dan nama keturunan yang berbeza dengan nama peribadi.
"Mahkamah Rayuan yang memutuskan kanak-kanak itu boleh menggunakan nama bapanya berdasarkan Seksyen 13A telah terkhilaf dalam fakta dan undang-undang," katanya.
Suzana juga berhujah ia juga adalah munasabah bagi ketua pengarah JPN untuk merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ketika mendaftar kelahiran seorang anak Muslim.
Peguam K. Shanmuga berhujah Seksyen 13A terpakai bagi semua rakyat Malaysia dan JPN terikat dengan statut untuk memasukkan nama bapa sebagai nama keluarga patronymic bagi anaknya.
"Ia tidak menyatakan bahawa peruntukan berlainan terpakai bagi kanak-kanak Muslim atau ibu bapa Muslim," katanya.
Shanmuga menegaskan bahawa undang-undang Islam tidak konsisten berhubung konvensyen penamaan anak-anak yang dianggap sebagai tidak sah taraf, beliau berkata contohnya di Perlis, kedudukan anak-anak yang dilahirkan luar nikah masih boleh menggunakan nama bapanya.
Beliau berkata JPN tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk menguatkuasakan penggunaan nama 'Abdullah' kepada nama kanak-kanak itu.
Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Majlis Agama Islam Johor berhujah bagi umat Islam, kepentingan terbaik bagi kanak-kanak dan ibu bapanya adalah mematuhi undang-undang Islam dan lain-lain adalah sekunder.
Beliau berkata perkara itu perlu didengar oleh Mahkamah Syariah dan bukannya Mahkamah Sivil kerana ia melibatkan kesahihan sah taraf kanak-kanak itu.
Beliau berkata adalah kepentingan terbaik negara bagi undang-undang Islam ditegakkan dan tidak mengetepikannya melalui keputusan Mahkamah Rayuan.
Bagi kes ini, kanak-kanak terbabit dilahirkan kurang enam bulan selepas perkahwinan ibu bapanya, yang dianggap sebagai tidak sah di bawah undang-undang syariah.
Kedua ibu bapanya yang berasal dari Johor (kedua-dua identiti dirahsiakan), memohon kepada JPN di bawah Seksyen 13 BDRA untuk meletak nama bapa dalam sijil kelahiran tetapi JPN enggan menggantikan nama bapa kandung itu atas alasan anak itu tidak sah taraf.
Ibu bapa itu kemudiannya memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi tetapi ditolak pada 4 Ogos 2016, bagaimanapun Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu pada 2017, dan membenarkan semakan kehakiman mereka untuk mengarahkan ketua pengarah JPN menggantikan nama 'Abdullah' kepada nama bapa kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed yang mengetuai panel hakim Mahkamah Persekutuan berkata keputusan rayuan kes itu ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian kerana mereka memerlukan masa untuk membincangkannya secara teliti.
Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Seri David Wong Dak Wah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rohana Yusuf, Datuk Setia Mohd Zawawi Salleh, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk P. Nallini.
Terdahulu, panel itu menolak permohonan Majlis Agama Islam Johor untuk memasukkan seorang lagi hakim, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop yang merupakan seorang daripada panel lima hakim yang mendengar rayuan kes itu, untuk menyampaikan penghakiman dalam rayuan tersebut. Hakim yang lain telah bersara dan seorang meletakkan jawatan.
Di bawah Seksyen 78 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 menyatakan bahawa mesti ada dua hakim yang tinggal, untuk menyampaikan penghakiman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 14 2019
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan berkata, orang Melayu tidak mempunyai nama keluarga dan mereka menggunakan nama bapa dalam pendaftaran kelahiran bayi. - Gambar hiasan
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Kelahiran anak luar nikah membimbangkan
Kelahiran anak tidak sah taraf atau luar nikah pada masa kini melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilihat amat membimbangkan, kata Pengerusi Yayasan Ikhlas Profesor Zainur Rashid Zainuddin.
'Jual beli' bayi ribuan ringgit dalam talian
Wanita berusia 35 tahun itu berkata dia mencari anak angkat menerusi laman sosial sejak awal tahun lepas dan nyaris ditipu ibu kandung bayi yang dikenalinya kira-kira 10 bulan lepas.
Bapa anak tidak sah taraf tidak boleh daftar nama di bawah BDRA
Peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian itu tidak terpakai bagi orang Melayu atau Hindu kerana mereka tidak mempunyai nama keluarga.
Kes 'Bin Abdullah': Mahkamah Persekutuan dengar rayuan 7 Feb depan
Pihak berkenaan dalam kes itu turut diarah memfailkan hujahan masing-masing dua minggu sebelum pendengaran kes tersebut.
Anak tidak sah taraf: Rujuk Undang-Undang Keluarga Islam - Jakim
Isu-isu yang berkaitan dengan kesahtarafan anak di negara ini hendaklah sentiasa dirujuk kepada peruntukan dalam Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam atau Pentadbiran Negeri-Negeri.
Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN tangguh pelaksanaan keputusan
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan itu atas alasan tidak terdapat keadaan khusus untuk membenarkan penangguhan itu.
Mufti Selangor mohon JPN buat rayuan di Mahkamah Persekutuan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga akan memohon kebenaran untuk mencelah dalam rayuan tersebut sebagai usaha untuk memelihara agama dan memartabatkan kedudukan undang-undang Islam di negara ini.
Mufti jangan debat terbuka di media sosial - Ibrahim Ali
Perdebatan terbuka mufti terutama di media sosial hanya mengundang pandangan tidak sihat oleh masyarakat.
Tunggu keputusan mahkamah nasab anak tidak sah taraf orang Islam
Beliau turut menasihati umat Islam di negara ini supaya bertenang berhubung keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan itu.