Bapa dipenjara 8 tahun, sebat lakukan serangan seksual terhadap anak

Bapa dipenjara 8 tahun, sebat lakukan serangan seksual terhadap anak
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.
SIBU: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

Mengikut fakta kes, pada 27 November lepas, mangsa berusia 9 tahun mengadu kepada ibunya bahawa dia mengalami rasa sakit di bahagian sulit ketika membuang air kecil.

Bagaimanapun, mangsa enggan mendedahkan apa yang berlaku kepadanya.

Keesokan harinya pada jam 7.30 pagi, kesakitan itu berulang lagi memaksa ibunya, berusia 29, membawa mangsa ke hospital untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Mangsa akhirnya mendedahkan bahawa tertuduh telah memasukkan jari ke bahagian sulitnya semasa tidur beberapa hari sebelum itu.

Susulan laporan polis yang dibuat oleh ibunya, tertuduh telah ditahan polis pada 28 November lepas di kediamannya.

Sementara itu, dalam rayuannya tertuduh meminta agar hukumannya diringan dengan alasan tidak mampu lagi bekerja kerana mempunyai masalah jantung.

Dia juga bertanggungjawab menyara keluarga dan menyesali perbuatannya itu serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Pegawai pendakwa Sabgari Ponan bagaimanapun bertegas bahawa hukuman yang lebih berat perlu dilaksanakan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh telah memberi kesan emosi kepada mangsa.

Kes itu didengar di hadapan oleh Hakim Caroline Bee Manjail.


Tag: serangan seksual, Mahkamah Sesyen Sibu, penganggur, dihukum penjara, dua sebatan, Kong Kin Chai, bahagian sulit



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.