awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa durjana rogol anak sulung umur 12 tahun hingga hamil

Sinar Harian
Sinar Harian
24/09/2019
10:38 MYT
Bapa durjana rogol anak sulung umur 12 tahun hingga hamil
Tertuduh berusia 41 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nooriah Osman. - Sinar Harian
Bapa kepada empat anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya berusia 12 tahun.
Tertuduh berusia 41 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Chabang Tiga, di sini antara jam 3 hingga 4 pagi pada Julai hingga Ogos lalu.
Tertuduh yang didakwa mengulangi perbuatan sama di lokasi dan waktu sama pada 17 Ogos lalu boleh dihukum di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad.
Mahkamah menetapkan 25 Oktober depan sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan tidak menawarkan sebarang jaminan.
Mangsa kini disahkan mengandung tujuh minggu selepas mengalami muntah-muntah ketika sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Kampung Chabang Tiga
#rogol
#rogol anak sulung
#rogol hingga hamil
#Ujian Penilaian Sekolah Rendah
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan