announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bapa mengaku bersalah cuba sumbang mahram, cabul tiga anak

Bapa mengaku bersalah cuba sumbang mahram, cabul tiga anak
Tertuduh ketika mendengar pertuduhan mengaku bersalah terhadap dua daripada tiga dakwaan mencabul tersebut.
SHAH ALAM: Seorang bapa berusia 46 tahun hari ini mengaku bersalah atas tuduhan cuba melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya yang berusia 21 tahun.

Mengikut pertuduhan yang dibaca di Mahkamah Sesyen Shah Alam, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa pada April 2015.

Pertuduhan ke atas lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(B)(1) Kanun Keseksaan dan dibaca mengikut Seksyen 511 akta sama, yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Hakim Mohd Sabri Ismail membenarkan tertuduh yang berusia 46 tahun diikat jamin RM7,000 dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sebagai syarat tambahan.

Sementara itu, di mahkamah majistret pula, tertuduh dihadapkan dengan tiga pertuduhan mencabul tiga anak perempuannya berusia 15, 17 dan 21 tahun dan dua dakwaan lain lagi.

Semua pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mana setiap kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan.

Tertuduh ketika mendengar pertuduhan mengaku bersalah terhadap dua daripada tiga dakwaan mencabul tersebut.

Pertuduhan keempat pula adalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap anak perempuannya 17 tahun pada 11 Mac 2020, yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Kesekaan.

Lelaki itu turut mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 293 Kanun Keseksaan kerana memiliki video lucah yang boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,500 untuk kesemua lima pertuduhan dan menetapkan 29 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukum dan serahan dokumen.

Tertuduh juga tidak dibenarkan mendekati ketiga-tiga anak perempuannya.

Mahkamah menetapkan 29 Jun 2020 sebagai tarikh jatuh hukum dan serahan dokumen.


Tag: Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, Peniaga, Tiga anak perempuan, Cabul, Shah Alam, Hakim Mohd Sabri Ismail, Majistret Erry Shahriman Nor Aripin



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.