Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kangar, pada Selasa, atas pertuduhan merogol anak bongsunya yang baru habis berpantang, bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 54 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang mempunyai empat anak didakwa merogol anak perempuannya yang berusia 21 tahun sebanyak dua kali di sebuah rumah di Kangar, pada jam 9 malam, 30 dan 31 Mei lalu.
Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dari 10 tahun dan maksimum 30 tahun, bersama sebatan.
Selain itu, dia juga didakwa cuba merogol mangsa yang sama di sebuah rumah di lokasi berbeza di Kangar pada jam 9 malam, 1 Jun lalu.
Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B/511 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari 10 tahun dan maksimum 30 tahun, bersama sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norharniza Rusli.
Mohd Izham mencadangkan agar tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin kerana berpotensi untuk mengganggu mangsa memandangkan tinggal serumah bersama mangsa dan saksi utama.
Selain itu, Mohd Izham juga memberi alasan perbuatan tertuduh adalah tidak berperikemanusiaan kerana mangsa adalah anak bongsu yang baru selesai berpantang selepas melahirkan anak.
Bagaimanapun Norharniza meminta agar tertuduh dibenarkan ikat jamin berikutan kes berkenaan masih dikategorikan dalam senarai dibenarkan ikat jamin.
Norharniza juga memberitahu mahkamah, tertuduh akan tinggal di rumah ibu saudaranya di Kuala Ketil, Kedah sekiranya dibenar diikat jamin.
Ainul Shahrin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan dua penjamin selain dikenakan syarat termasuk melapor diri setiap minggu di Balai Polis Kuala Ketil, serta tidak dibenarkan mendekati mangsa dan ahli keluarga.
Mahkamah juga menetapkan sebutan semula kes pada 23 Julai depan untuk serahan laporan perubatan lengkap.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jun 23 2020
Tertuduh yang mempunyai empat anak didakwa merogol anak perempuannya yang berusia 21 tahun sebanyak dua kali. Gambar/ Astro AWANI
Microsoft uji VASA, watak AI untuk panggilan video bebas kamera web
Microsoft Research memperlihatkan VASA iaitu sistem AI yang boleh menjana wajah manusia yang hiper-realistik berserta dengan emosi pada wajah.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
Pemandu lori dituduh lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual bagi maksud seksual terhadap mangsa, yang juga anak bongsunya.
Anak bongsu Che Ta selamat jalani pembedahan Supernumerary
Che Ta memaklumkan anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan gigi dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth pada Sabtu.
Anak bongsu hilang kata-kata, empat ahli keluarga pergi sekali gus
Kali terakhir Mohamad Hazman bertemu keluarganya itu pada Selasa sebelum dia pulang ke Perlis untuk menjalani latihan Industri.
'Ibu rindu pada arwah ayah' - Anak bongsu Allahyarham Harussani
Anak bongsu kepada bekas Mufti Perak, Datuk Ahmad Wafi Harussani berkata tingkah laku ibunya itu jelas dilihatnya dan ahli keluarga lain sejak beberapa bulan sebelum ini.
Bapa mengaku tidak bersalah rogol anak bongsu baru habis berpantang
Tertuduh yang berusia 54 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Tiga generasi tunggu anak lelaki, ini istimewanya cahaya mata bongsu Alif Satar!
Kata Alif, sepanjang tiga generasi kebanyakan ahli keluarga sebelah ibunya terdiri daripada saudara-mara perempuan melainkan Alif sendiri.
Polis berkas lelaki ugut sembelih ibu sendiri
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek yang berusia 33 tahun diberkas ekoran laporan yang dibuat ibunya yang berusia 71 tahun.
Anak Che Ta, Aaisyah Dhia Rana dirai bagaikan puteri
Pasangan selebriti terkenal, Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah mengadakan satu majlis sambutan ulang tahun kelahiran yang pertama anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana di White Places, Damansara