Seorang lelaki yang berpangkat bapa saudara yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga dan melindungi anak saudaranya yang juga yatim piatu tergamak melakukan serangan seksual fizikal dan merogol anak saudara kandungnya sendiri.
Tertuduh yang juga seorang buruh hari ini menerima padah atas perbuatan terkutuknya itu apabila dijatuhi hukuman penjara 25 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini atas tuduhan melakukan amang (serangan) seksual fizikal dan sumbang mahram terhadap anak saudaranya berusia 17 tahun lima bulan.
Hakim Azman Abu Hassan membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh yang berusia 30 tahun dan mensabitkannya dengan kedua-dua pertuduhan.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 17 tahun lima bulan di sebuah rumah di Kampung Kelubi, Mukim Air Hangat, dekat Langkawi pada 13 Oktober lalu, kira-kira jam 2 pagi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama dan sebat dibaca serentak Seksyen 16 (2) (a) akta sama.
Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan manakala Seksyen 16 (2) (a) membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan sumbang mahram terhadap mangsa pada 7 Oktober lalu di tempat sama, jam 11.15 malam.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan kedua.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela diperintah menjalani hukuman secara berasingan bagi kedua-dua pertuduhan.
Mengikut fakta kes, mangsa dalam kes ini dipelihara oleh datuknya selepas kematian ibu bapa.
Pada 7 Oktober lalu, jam 11 malam ketika berada di bilik di rumah datuknya, pengadu didatangi bapa saudaranya bertindak menindihnya serta mencium lehernya sebelum memperkosanya.
Selepas itu, tertuduh mengarahkan pengadu tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa.
Bagaimanapun pada 13 Oktober lalu, kira-kira jam 2 pagi, tertuduh sekali lagi masuk ke bilik pengadu lalu menindih serta melakukan serangan seksual.
Datuknya yang menyedari perubahan sikap pengadu yang menjadi murung sebelum mangsa menceritakan apa berlaku telah membawa mangsa ke Balai Polis Air Hangat, Langkawi untuk membuat laporan.
Siasatan mendapati kedua-dua kejadian berlaku ketika datuk pengadu tiada di rumah dan susulan itu polis menahan tertuduh pada 16 Oktober lalu, kira-kira jam 4.30 malam.
Mangsa turut dirujuk ke Hospital Langkawi pada 10 Oktober lalu bagi pemeriksaan kesihatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur, memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan pada masa depan.
Pendakwaan juga memohon mahkamah mengambil kira kesan emosi dialami mangsa yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Oct 30 2017
Tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 17 tahun lima bulan di sebuah rumah di Kampung Kelubi, Mukim Air Hangat, dekat Langkawi - Gambar hiasan
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Bapa saudara lakukan amang seksual dan rogol anak buah sendiri terima padah
Tertuduh yang sepatutnya menjaga mangsa yang juga anak yatim piatu selepas kedua ibu bapa mangsa meninggal dunia bertindak merogol mangsa berulangkali.