Tragis apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak bapa kandung sendiri ketika tidur di rumah didiami keluarga itu di Flat Puchong Permai, kira-kira jam 5.45 petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata mangsa yang cedera ditetak sebanyak tiga kali di bahagian kepala dan pergelangan tangan kanan disahkan meninggal dunia di lokasi.
Menurutnya, hanya bapa mangsa yang bekerja sebagai anggota Rela berusia 35 tahun berada di rumah ketika kejadian.
Beliau berkata pihak polis pada awalnya menerima panggilan orang awam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkat empat pangsapuri kos rendah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Sepasukan polis ke lokasi mendapati mangsa dipercayai ditetak bapanya menggunakan parang.
“Hasil siasatan awal bapa mangsa dipercayai mengalami halusinasi sebelum bertindak sedemikian.
“Suspek mengaku dapat ‘arahan’ bunuh anaknya untuk jadi ‘king’,” katanya mangsa merupakan anak tunggal.
Beliau berkata, suspek dipercayai peminum ketum tegar dan mempunyai satu rekod lampau bersabit kes Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ujian air kencing dapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine (syabu). Suspek ditahan di tempat kejadian, parang dipercayai digunakan dalam kejadian ditemui dalam rumah.
Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sinar Harian
Mon Aug 13 2018
Kanak-kanak lelaki yang maut ditetak bapa kandung sendiri di Puchong Permai petang Isnin. -Foto Sinar Harian
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Polis Kedah tahan empat lelaki, rampas dadah lebih RM214,000
Polis Kedah menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dengan berat lebih tujuh kilogram bernilai RM214,288 dalam tangkapan berasingan di tiga lokasi pada Selasa lepas dan semalam.
Warden dihukum gantung edar dadah di Penjara Sungai Buloh
Mohd Elmy dihukum gantung bagi kesalahan mengedar 325.1 gram kanabis dan 84.97 gram methamphetamine di Penjara Sungai Buloh.
Lelaki dan wanita ditahan disyaki edar 3kg dadah
Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kerana memiliki dadah lebih tiga kilogram (kg) yang dipercayai untuk diedarkan di sini, semalam.
Empat lelaki ditahan edar syabu sekitar KL
Kesemua suspek berusia 34 hingga 43 tahun itu ditahan bersama syabu seberat 5.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM193,680.
Op Tapis Khas: Polis Johor tahan 373 individu
Polis menahan 373 individu kerana disyaki terlibat aktiviti penagihan dan pengedaran dadah, menerusi Op Tapis Khas di seluruh Johor pada Rabu lepas hingga semalam.
Petani, penganggur didakwa edar ganja, berdepan hukuman mati
Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali kemudiannya menetapkan 7 April depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.
Tiga lelaki termasuk cucu P Ramlee dibebaskan daripada tuduhan edar ganja
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Remaja perempuan antara 188 individu ditahan terlibat dadah
Kesemua individu yang ditahan melibatkan seorang wanita, seorang remaja perempuan dan 186 lelaki berusia antara 15 hingga 65 tahun.
Akta Dadah Berbahaya 1952 perlu ditambah baik - Bukit Aman
Antara penambahbaikan yang dilihat perlu dilakukan ke atas akta itu adalah berkaitan berat dadah.
Sindiket jual air ketum tumpas, 654 bungkus dirampas
Tiga lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memproses air ketum dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Manggis, Butterworth.