Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood, 93, bapa kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah meninggal dunia pada 2.30 pagi ini akibat sakit tua di kediamannya di Taman Ampang Utama di sini.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid al Mustaqim di Taman Nirwana, Ampang pada 9 pagi dari kediamannya.
Selain Dr Wan Azizah dan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), turut berada di Masjid Al Mustaqim ialah dua cucu Allahyarham, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Nurul Illham Anwar.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham.
Allahyarham Wan Ismail meninggalkan isteri Datin Mariah Khamis, empat anak perempuan termasuk Dr Wan Azizah dan seorang anak lelaki.
Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Datuk Dr Xavier Jayakumar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Ching Tong .
Urusan solat sunat jenazah bermula pada kira-kira 10 pagi di Masjid Al Mustaqim dan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada 11 pagi.
Bernama
Tue Dec 10 2019
Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood pada 2015. --fotoBERNAMA/Fail
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Bapa tumbuk anak mengaku tidak bersalah miliki parang
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Remy Ishak kini bergelar bapa
Pelakon Remy Ishak mengumumkan isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada pukul 11.17 pagi ini di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!
Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.
Sebak tonton persembahan 'Januari', Dina Nadzir bakal teruskan perjuangan di GV9
Lebih membuatkan Dina terharu apabila Jaclyn Victor berkunjung ke rumahnya di Johor Bahru pada hari Isnin untuk memberi semangat.
Bapa pelakon remaja diserah kepada polis Klang
Suspek berumur 43 tahun itu telah diserahkan kepada pihak IPD Klang Utara bagi siasatan melibatkan cabul dan amang seksual.
Larikan anak: Bapa saman bekas isteri, kerajaan, tuntut ganti rugi RM25 juta
Seorang bapa memfailkan saman terhadap bekas isterinya, kerajaan dan lima pihak lagi berhubung dakwaan dua anaknya dilarikan ke New Zealand, empat tahun lalu.
Bapa kanak-kanak maut makan sisa makanan ditahan polis
Individu berkenaan juga didapati positif dadah selepas ujian awal air kencing, dijalankan ke atasnya.
Bapa Faizal Tahir meninggal dunia
Bapa kepada penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir dilaporkan telah meninggal dunia.
Wanita bakar bapa hidup-hidup selepas didera secara seksual
Veiga mendakwa dia telah didera secara seksual oleh bapanya sejak dia remaja lagi.