awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
16/07/2018
02:30 MYT
Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh
Ahli Parlimen pembangkan bertindak keluar Dewan bagi memprotes proses perlantikan Mohamad Ariff sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu. - Harits Asyraf Hasnan/Astro AWANI
Sidang Dewan Rakyat kecoh ketika sesi pencalonan Speaker Dewan Rakyat yang baharu pada pagi ini disusuli dengan ahli parlimen pembangkang bertindak untuk keluar dewan.
Ia sebagai protes kepada pelantikan bekas hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini, menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pelantikan beliau disahkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah kerana hanya satu nama yang diterima untuk perlantikan jawatan tersebut.
Ketika itu, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) bangun untuk menyatakan protes terhadap prosedur pencalonan dengan merujuk kepada 'Point of Order' namun proses perlantikan tetap diteruskan.
Tindakan itu mengundang kritikan daripada ahli pembangkang yang lain dari Pas dan UMNO.
Mereka kemudian bertindak untuk keluar Dewan.
Ahli #Parlimen pembangkang keluar #DewanRakyat kerana tidak berpuas hati terhadap proses pelantikan Speaker Dewan Rakyat @501Awani pic.twitter.com/wAaT9lUVIK
— Asyraf Hasnan AWANI @ Parlimen Malaysia (@AsyrafAWANI) July 16, 2018
Pembangkang dakwa ada 7 fakta yang menjelaskan tidak mungkin notis pelantikan speaker dimasukkan pada atau sebelum 2 Julai @501Awani pic.twitter.com/PNYhBu7v0v
— Asyraf Hasnan AWANI @ Parlimen Malaysia (@AsyrafAWANI) July 16, 2018
Pencalonan Mohamad Ariff dicadangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (PPBM-Langkawi) dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Pandan).
Mohamad Ariff, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of Economics) dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undang-undang sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya.
Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada pengamalan undang-undang untuk menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang baru ditubuhkan ketika itu, sebagai pengarah pertama Jabatan Penyeliaan Pasaran.
INFOGRAFIK: Mohamad Ariff, Speaker Dewan Rakyat ke-9
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan