Tutup

Bas hilang kawalan, penunggang motosikal maut dirempuh

Bas hilang kawalan, penunggang motosikal maut dirempuh
Bas berkenaan juga kemudiannya merempuh pagar dan sebuah rumah yang terletak bersebelahan simpang empat itu. - Foto ihsan pembaca/media sosial
BAYAN LEPAS: Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle di Bayan Lepas, Pulau Pinang petang Khamis.

Difahamkan sebuah bas yang datang dari arah Persiaran Kelicap hilang kawalan selepas melalui simpang  berkenaan merempuh motosikal sebelum merempuh sebuah kereta.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A. A Anbalagan berkata, penunggang motosikal berusia dalam lingkungan 20-an itu maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah.

Bas berkenaan juga kemudiannya merempuh pagar dan sebuah rumah yang terletak bersebelahan simpang empat itu.
Anbalagan berkata, setakat ini seorang pemandu kereta dan penumpang yang turut cedera dalam kejadian itu, telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, pemandu bas terbabit pula mengalami kecederaan ringan dan kini ditahan untuk membantu siasatan.

Anbalagan berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Tag: Persiaran Kelicap, penunggang motosikal maut, maut dirempuh bas, Polis Daerah Barat Daya, Setia Triangle, Bayan Lepas



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.