announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Bas kilang hilang kawalan, rempuh lima kenderaan di bahu jalan

Bas kilang hilang kawalan, rempuh lima kenderaan di bahu jalan
Pemandu dipercayai gagal mengawal bas dipandunya sebelum terbabas dan merempuh kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan. - Astro AWANI
BAYAN LEPAS: Tujuh pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas yang mereka naiki merempuh lima buah kenderaan  yang diletakkan dibahu jalan dalam kejadian di Jalan Paya Terubong, George Town petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang itu, pemandu bas yang berusia 67 tahun dipercayai gagal mengawal bas dipandunya sebelum terbabas dan merempuh kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata siasatan awal mendapati bas berkenaan datang dari arah Lagenda Heights menghala ke Jalan Paya Terubong.

Bagaimanapun sebaik tiba di Tingkat Paya Terubong, pemandu mendakwa bas dipandunya mengalami kerosakan brek dan bertindak mengelak ke kiri jalan sebelum melanggar binaan konkrit di sebelah kiri.

Akibatnya, lima buah kenderaan yang diparkir di situ rosak teruk.

Soffian berkata pemandu bas dan tujuh penumpang bas mengalami kecederaan ringan manakala pemilik kenderaan tidak berada di dalam kenderaan mereka sewaktu kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Tag: bas kilang, rempuh lima kenderaan, bahu jalan, Polis Daerah Timur Laut, Lagenda Heights, Jalan Paya Terubong



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.