Tutup

Batal dan adakan semula Kongres AMK - Hilman

Batal dan adakan semula Kongres AMK - Hilman
Muhammad Hilman menuntut Kongres AMK dibatal dan diadakan semula berikutan kekecohan yang berlaku.
AYER KEROH: Susulan insiden kekecohan persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) pagi tadi, hampir separuh perwakilan termasuk Timbalan Ketua sayap parti itu, Muhammad Hilman Idham memilih untuk ‘memboikot’ pada sesi petang ini.

Muhammad Hilman yang juga Setiausaha Politik Timbalan Presiden Parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menuntut kongres berkenaan dibatal dan diadakan semula.
“Saya dan pimpinan AMK kesal serta sedih kerana acara yang bermula dengan baik dan harmoni dicemari kerana wujud usaha terancang yang menghalang ratusan pemerhati untuk masuk ke dalam dewan.

“Hak perwakilan dan pemerhati dirampas sekumpulan pemuda berbaju hitam yang dibenarkan menyertai kongres yang kita ragui status mereka,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel, di sini hari ini.

Insiden kekecohan itu tercetus apabila pihak keselamatan cuba menghalang bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Md Noor dari memasuki tempat persidangan.

Mizan Adli mendakwa ketua sayap parti itu, Akmal Nasir menggunakan gangster untuk menghalang beliau masuk ke Kongres Nasional AMK 2019.

Tegas Mizal Adli, beliau masih mempunyai hak untuk memasuki tempat persidangan atas alasan pelucutan jawatan beliau sebagai Pengerusi Tetap tidak sah.

Mengulas lanjut, Muhammad Hilman berkata, beberapa perwakilan serta kepimpinan AMK turut membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan selain laporan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Kami telah buat laporan kepada pihak polis dan selepas ini kita akan bawa (laporan) ke Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan ROS.

“Ini bagi menggesa dan menuntut Kongres AMK 2019 ini dibatalkan dan diadakan semula kerana amat mengecewakan saudara Mizan bukan sahaja dihalang malah beliau diheret daripada dewan kongres," kata beliau lagi.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksnya pula menegaskan, pelaku dan dalang di sebalik kejadian itu tidak boleh dibiarkan terlepas.

Menyiufatkan tindakan pelaku kekecohan itu sebagai biadap, Amnwar telah meminta Lembaga Disiplin PRK memecat individu yang bertanggungjawab.

BACA: Pecat pelaku kekecohan Kongres Nasional AMK - Anwar Ibrahim

B
ACA: Pergaduhan hingga kepala pecah, AMK serah pada polis


Tag: KongresPKR2019, Kongres Nasional AMK, Muhammad Hilman Idham



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.