Hasrat pihak pembangkang untuk membatalkan kontrak-kontrak dengan negara China disifatkan sebagai suatu langkah yang "gila" dan "tidak siuman" oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk dalam industri kayu-kayan, minyak kelapa sawit, pengeksportan durian dan sarang burung walet.
Tegasnya, pembatalan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China hanya akan merugikan rakyat dan bukan pemimpin-pemimpin pembangkang.
"Kita dimaklumkan bahawa pihak pembangkang melahirkan hasrat untuk membatalkan kontrak seperti ECRL (East Coast Rail Line) dengan China dan kontrak-kontrak lain.
"China merupakan negara yang menguruskan perdagangan terbesar dan juga rakan dagang Malaysia terbesar, dengan nilai lebih RM100 bilion setahun. Selain membeli kayu-kayan dan perabot, mereka juga mengimport barang lain seperti elektronik, sarang burung dan Musang King.
"Cuba bayangkan kalau kita merenggangkan ataupun mengeruhkan hubungan dengan China. Kalau China tak beli minyak sawit kita, perabot kita, katu-kayan kita, siapa akan rugi? Rakyat Malaysia yang akan rugi. Bukan pemimpin pembangkang. Kalau batalkan hubungan dengan China, itu gila! Tak siuman! Kerana politik, nak buat sesuatu tak rasional. Akhirnya rakyat kita menderita.
"Kalau pilih pimpinan hati, ini kita akan perjuangkan nasib semua rakyat termasuk di Muar ini," kata Najib.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Taman Perabot Muar (MFP) dan pelancaran Skim Usahawan Perabot Bumiputera (Superbumi) di Bakri di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong serta Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Apr 03 2018
NAJIB: Pembatalan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China hanya akan merugikan rakyat dan bukan pemimpin-pemimpin pembangkang. - Astro AWANI/Fail
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Batal kontrak dengan China? Gila, tak siuman! - PM Najib
Menurut Perdana Menteri, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai lebih RM100 bilion setahun.