awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batalkan transaksi jika boleh elak persepsi negatif pendeposit - Khairy

Bernama
Bernama
09/05/2015
03:50 MYT
Batalkan transaksi jika boleh elak persepsi negatif pendeposit - Khairy
"Kalau boleh batalkan saya mohon batalkan, (ini) bukan kerana soal pelaburan, macam-macam pelaburan boleh buat tapi ini soal persepsi.
Jika transaksi pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange (TRX) dapat dibatalkan, adalah wajar ia dilakukan untuk mengelakkan persepsi kurang baik di kalangan pendeposit, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
"Kalau boleh batalkan saya mohon batalkan, (ini) bukan kerana soal pelaburan, macam-macam pelaburan boleh buat tapi ini soal persepsi.
"Jangan sampai kita timbulkan keraguan dalam kalangan pendeposit, (mereka) ini makcik pakcik biasa, orang biasa yang deposit RM100...RM200," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas acara Larian Pekerja Muda '9 to 5' di sini hari ini.
Dalam kenyataan semalam, Pemuda UMNO menzahirkan kebimbangan berkenaan pembelian tanah itu oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai RM188.5 juta.
Khairy berkata beliau juga telah menyuarakan kebimbangan dan pandangan peribadinya mengenai perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Khairy Jamaluddin
#Tabung Haji
#TRX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan