Pelaksanaan tempoh percubaan selama enam bulan bagi menguji Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu perlombongan dan pengeksportan bauksit memperlihatkan kerajaan serius menangani isu pencemaran akibat kegiatan tersebut.
Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) Ali Akbar Othman berkata tempoh percubaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencari jika masih ada 'kelompongan' yang perlu dibaiki pada SOP tersebut, sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya.
"Jika dilihat pada SOP baharu yang dibentangkan sebelum ini, saya lihat ia memang bersifat menyeluruh dan meliputi segala aspek, bagaimanapun kita perlu mengetahui bagaimana cara pelaksanaannya kerana tidak mahu hanya cantik atas kertas.
"Syarikat, kontraktor dan semua pihak terlibat yang mendapat kelulusan mengambil bahagian dalam tempoh percubaan juga perlu dipastikan kewibawaannya dalam sama-sama mencari penyelesaian pelbagai masalah yang berlaku sebelum ini," katanya semasa dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ali Akbar berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar pada persidangan Dewan Rakyat semalam, yang menyatakan kerajaan negeri Pahang bersetuju dengan tempoh percubaan pelaksanaan SOP baharu bauksit selama enam bulan sebelum aktiviti itu boleh dibuka semula.
Perlombongan bauksit yang aktif dijalankan di beberapa kawasan sekitar daerah ini terutamanya di Felda Bukit Goh, dihentikan sepenuhnya pada 15 Jan 2015 menerusi penguatkuasaan moratorium akibat masalah pencemaran sehingga menyebabkan Kuantan digelar 'Planet Marikh' kerana disaluti debu merah.
Xavier bagaimanapun mengesahkan bahawa tempoh moratorium perlombongan bauksit berakhir pada 31 Mac lepas, namun menegaskan tiada sebarang aktiviti perlombongan atau mengeksport bauksit dibenarkan sehingga SOP baharu dimuktamadkan.
Ali Akbar juga berpandangan antara isu kritikal yang perlu dimuktamadkan dalam tempoh percubaan itu ialah aspek penguatkuasaan kerana SOP yang menyeluruh itu mungkin kurang bermakna jika tiada tindakan tegas dalam aspek tersebut.
"Kita lihat bagaimana kekurangan sumber manusia menyebabkan pencemaran berleluasa selama ini kerana bagaimana anggota yang terhad mahu mengawal operasi bauksit yang melibatkan banyak pihak... kita tidak mahu alasan sama diulang pakai kerana itu alasan tahun 2014.
"Untuk aspek penguatkuasaan, kita berharap kerajaan boleh melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menambah sumber manusia sekaligus menunjukkan keseriusan kerajaan menangani isu pencemaran," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Pengeluar Mineral Pahang Datuk Yap Soon Huat berharap aktiviti perlombongan yang sudah terhenti untuk jangka masa panjang dapat diteruskan dengan lancar dan mematuhi undang-undang serta SOP baru, selepas tamat tempoh percubaan.
Katanya, kontraktor dan syarikat perlombongan berlesen dalam aktiviti itu tidak mempunyai masalah untuk mematuhi SOP yang dikenakan kerana sedar isu alam sekitar merupakan keutamaan kepada semua pihak, termasuk kepada mereka sendiri.
"Apa yang menjadi kebimbangan ialah mereka yang melakukan aktiviti ini secara haram kerana sejak dahulu, operator yang tidak berlesen yang banyak menyebabkan pencemaran kerana tidak terikat dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
"Kami yang melakukan aktiviti perlombongan secara sah berdepan dengan pemeriksaan pelbagai agensi seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) termasuk di tapak operasi menjadikan kami lebih peka dengan keperluan undang-undang," katanya.
Sehubungan itu, Yap berkata mereka sedia bekerjasama sebagai mata dan telinga kepada kerajaan dengan melaporkan aktiviti perlombongan bauksit haram kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 05 2019
Kontraktor dan syarikat perlombongan berlesen dalam aktiviti itu tidak mempunyai masalah untuk mematuhi SOP yang dikenakan. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang dijangka sekitar jam 2 petang pada Rabu.
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan
Tempoh percubaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencari jika masih ada 'kelompongan' yang perlu dibaiki.