awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bauksit: SPRM tahan tiga orang awam semalam

Bernama
Bernama
09/01/2016
11:47 MYT
Bauksit: SPRM tahan tiga orang awam semalam
Tangkapan baharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan berkaitan isu bauksit kepada tujuh orang. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga orang awam termasuk seorang wanita semalam, yang dipercayai terlibat dalam pembayaran wang rasuah bagi melindungi perlombongan bauksit secara haram.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata suspek berusia antara 44 dan 50 tahun, ditahan secara berasingan di sekitar Kuantan antara pukul 4 petang hingga 11.55 malam.
"Mereka dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam aktiviti penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada pelombong-pelombong tidak berlesen," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tangkapan baharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan berkaitan isu bauksit kepada tujuh orang.
Azam berkata semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau juga memaklumkan SPRM masih giat menjalankan siasatan bagi mengesan mereka yang terbabit dalam jenayah rasuah sehingga menyebabkan berlakunya kegiatan perlombongan haram dan ketirisan yang dianggarkan bernilai RM187 juta dari segi hasil kutipan royalti tahun lepas.
"SPRM turut menyeru orang ramai agar memberi maklumat kepada SPRM berhubung individu yang terlibat memberi serta menerima rasuah dalam isu perlombongan bauksit secara haram," katanya.
Sementara itu, sumber kanan SPRM memberitahu suruhanjaya itu sedang mengesan beberapa pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang dalam isu rasuah bauksit.
"Pegawai dari PTG Pahang ini dikatakan terlibat memberi perlindungan kepada kegiatan perlombongan haram," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#bauksit
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan